Isu SemasaTempatan

Misteri Kematian 50,000 Ikan Di Teluk Bahang Terungkai

Pada bulan Mei serta pertengahan bulan Ogos yang lalu, dianggarkan sekitar 50,000 ikan ternakan sangkar di Teluk Bahang telah mati sehingga penternak ikan sangkar tersebut mengalami kerugian hingga RM800,000.

Pada awalnya mereka menjangka punca kematian ribuan ikan sangkar ini adalah akibat pencemaran logam berat sehingga mengurangi kadar oksigen pada air namun Jabatan Perikanan Pulau Pinang menafikan dakwaan kematian ikan tersebut berpunca daripada keracunan dan pencemaran.

Tetapi laporan yang baru dikeluarkan oleh ahli serta Pengarah Pusat Kajian Samudera dan Pantai (CEMACS) Prof Datuk Dr Aileen Tan berkata mereka telah membuat kesimpulan selari dengan penemuan Jabatan Perikanan bahawa tidak ada kehadiran logam berat dan ia berada pada paras yang diizinkan.

“Penemuan kita telah mendapatan terdapat keberadaan fitoplankton di dalam sangkar ikan tersebut adalah tinggi yang menyebabkan kandungan oksigen di dalamnya kurang.

Kadar kepadatan ikan di dalam sesebuah sangkar tersebut juga memainkan peranan apabila plankton dan ikan harus bersaing untuk mendapatkan oksigen yang mencukupi,” jelas Dr Aileen kepada TheStar.

Menurut Dr Aileen lagi, kehadiran alga yang tinggi di dalam air juga memainkan peranan dalam mengurangkan kadar oksigen di dalam sangkar.

Walau bagaimanapun, untuk kes kematian ikan sangkar ini pada bulan Ogos yang lalu, ia adalah akibat daripada penghujung Taufan Lekima kata Dr Aileen.

Taufan yang telah membadai bahagian persisiran kita telah mengakibatkan putaran sedimen yang mengandungi amonia dan nitrat dari bawah lantai lautan yang menyebabkan kadar oksigen di dalam air berkurangan.

Kekurangan kandungan oksigen telah membunuh ribuan ikan sangkar dan juga banyak ikan yang berenang di lautan sehingga 4km dari pantai.

Penemuan ini akan dibentangkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh dan juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri, Dr Afif Bahardin minggu depan.

 

Sumber Imej Terencana: penangkini.com

Show More

Related Articles

Back to top button