Isu SemasaTempatan

Mengapa Bendera Malaysia Diarak Terbalik & Adakah Ia Satu Kesalahan Undang-Undang Jika Salah Mengibarnya?

Isu bendera terbalik masih berlegar-legar di media sosial dan ada yang mempertikaikan ia terbalik semasa perarakan hari kebangsaan kelmarin bahawa bendera yang diarak di hadapan Yang DiPertuan Agong adalah terbalik.

Isu perarakan bendera yang kononnya terbalik ini pernah dibangkitkan pada tahun 2015 tetapi kembali beredar di alam maya pada tahun ini dengan nada sengaja mahu menaikkan sentimen yang tidak perlu.

Bagi yang tidak tahu mengapa ia yang juga dikenali sebagai Jalur Gemilang ini adalah “terbalik” semasa perarakan, portal ThePatriots menjelaskan mengapa bukan sahaja bendera Malaysia akan diterbalikkan¬† melalui pergerakan tetapi juga bendera Amerika Syarikat.

Sumber Imej: www.tactical-life.com

Menurut portal berkenaan, dalam keadaan statik dan diletakkan setempat, kedudukan warna biru Jalur Gemilang adalah di sebelah kiri tetapi bagi bendera yang melalui pergerakan, bahagian birunya akan berada di sebelah kanan.

Mengikut sejarah, semasa perang di Eropah satu ketika dahulu, beberapa anggota berkuda akan mendahului pasukan dengan membawa bendera pasukan mereka.

Sumber Imej: quora.com

Apabila mereka bergerak ke hadapan bendera ini akan ditiup ke belakang menyebabkan berlakunya pengalihan. Ini juga menandakan sebuah lambang kebesaran budaya iaitu bendera bergerak yang terbalik memberi indikasi kedudukan menyerang dan bergerak ke hadapan manakala bendera yang kembali dalam kedudukan asal bermakna berundur.

Sumber Imej: ohbulan.com

Dalam peperangan zaman dahulu inilah tanda samada sebuah pasukan menyerang, kekal atau berundur manakala tumbangnya sesuatu bendera panji-panji akan memberi isyarat bahawa mereka telah kalah walaupun mungkin mereka sebenarnya belum mengaku kalah.

Jabatan Penerangan Malaysia juga telah mengeluarkan sebuah e-buku panduan tentang Bendera Kita Jalur Gemilang yang menyatakan protokol dan cara yang sepatutnya bendera kebanggaan negara patut dikibarkan.

Menurut dokumen tersebut, jika bendera terbentang, ia dibawa berarak secara terbentang, bahagian kepada bendera hendaklan diusung mendahului perarakan sama seperti jika ianya dibawa dengan tiang bendera.

Penetapan ini juga adalah selaras dengan amalan di peringkat antarabangsa dan juga peraturan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Malah menurut AstroAwani, protokol ini turut dilihat digunapakai oleh syarikat penerbangan AirAsia dan Malaysia Airlines di maskapai mereka.

Sumber Imej: themalaysiantimes.com

Jika anda tertanya-tanya sama adakah undang-undang yang boleh mengawal orang ramai daripada salah guna menggunakan Jalur Gemilang?

Jawapan menurut portal asklegal.my ialah satu-satunya undang-undang yang boleh digunakan untuk mengawal salah guna Jalur Gemilang ialah Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963.

Seksyen 3 dalam Akta tersebut menggariskan yang tiada sesiapun boleh menggunakan simbol nasional buat tujuan komersil tanpa kebenaran (contohnya menggunakan Jata Negara untuk logo syarikat).

Walaupun Jalur Gemilang tidak dinyatakan dengan namanya dalam akta tersebut, ia ada disebut dalam dokumen setebal 63 mukasurat terbitan Jabatan Perdana Menteri.

Walaupun tiada undang-undang khusus tentang Jalur Gemilang tetapi dalam perundangan terdapat undang-undang am dalam Kanun Keseksaan (Penal Code) bagi orang yang tidak menghormati bendera Malaysia.

Kita pernah menggunakan Seksyen 504 dalam Kanun Keseksaan (Penal Code) dan Seksyen 14 dalam Akta Kesalahan Kecil 1955 untuk mendakwa individu yang tidak menghormati bendera kita, salah satunya adalah apabila warga Australia memakai seluar dalam Jalur Gemilang di F1 Malaysia Grand Prix pada tahun 2016.

Secara dasarnya, Seksyen 504 dalam Kanun Keseksaan menyatakan jika korang menghina atau memulakan apa-apa yang boleh mengancam keamanan awam, anda boleh didenda 2 tahun di penjara, atau saman, atau kedua-duanya sekali.

Manakala Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil pula menyatakan yang jika korang menggunakan kata-kata kesat atau menghina atau berkelakuan sebegitu, anda boleh didenda hingga RM100.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close