Teknologi

Insta360 Go – Rekod Detik Menarik Melalui Kamera Sebesar Ibu Jari

Insta360 sekali lagi membuat kelainan dan keunikan melalui kamera terbaru mereka, Insta360 Go.

Kamera paling kecil yang dihasilkan mereka ini sebesar ibu jari dengan berat tidak melebih 20gram.

Kamera ini merekod rakaman sebesar 2720×2720, ia boleh diubah suai untuk video akhir mengikut format yang inginkan seperti potrait atau landskap.

Apa yang turut menjadikan kamera ini istimewa adalah rekaan bagaimana dan di mana kamera ini boleh diletakkan.

Dengan aksesori yang dibekalkan bersama kamera, kamera boleh dilekatkan pada rantai dan klip kerana ia mempunyai magnet untuk diletakkan bersama. Jadi anda boleh menggunakan tanpa perlu memegang dengan kedua-dua belah tangan anda sekalipun.

Kamera ini tidak dibina guna seperti kamera konvensional biasa sebaliknya ia bertujuan merekod detik-detik menarik yang ingin ditunjukkan. Ini kerana durasi setiap rekod tidak melebihi 30 saat setiap kali butang rekod ditekan.

Dengan saiz yang kecil, ia dibina dengan storan 8GB sahaja dan bersesuai dengan durasi yang ditetapkan.

Menerusi aplikasi Insta360 Go yang akan dimuat turun ke dalam telefon, semua klip-klip tersebut akan dikompilasikan di dalam sebuah video ‘detik menarik’ yang sesuai dinaikkan ke dalam media sosial.

Anda boleh menyunting video-video tersebut mengikut citarasa anda atau menggunakan contoh yang tersedia dalam aplikasi.

Kamera ini mampu bertahan sehingga 200 klip / 1 jam dengan sekali pengcasan namun ia mampu dicaskan semula dalam 20-30 minit menerusi bekas pengecas yang diberikan.

Insta360 Go merupakan sebuah kamera bertujuan berkongsikan detik-detik penting dengan klip-klip pendek dan lebih ‘straight to the point’ jenis video.

Ia sudah pun dilancarkan baru-baru ini dan akan berada di pasaran Malaysia tidak lama lagi pada harga RM899.

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button