Hiburan

The Rock, Scarlett Johansson Pelakon Termahal Hollywood 2019

Dwayne Johnson dan Scarlett Johansson telah dinamakan sebagai pelakon berpendapatan tertinggi Hollywood untuk tahun kedua berturut-turut.

Menurut Forbes, mantan ahli gusti, Dwayne “The Rock” Johnson telah memperoleh kira-kira $89.4 juta dalam 12 bulan yang lepas. Bayarannya adalah daripada filem Hobbs and Shaw, thriler aksi “Skyscaper” dan siri komedi HBO “Ballers” yang memberinya $700,000 satu episod.

Sebilangan besar kekayaannya adalah kerana tawaran mewah yang menguntungkan yang menyaksikan dia memperoleh sehingga 15 peratus daripada kutipan box office filem-filemnya.

Bintang itu juga akan menerima bayaran pendahuluan yang paling besar setakat ini menerusi filem Jumanji: The Next Level memperoleh $ 23.5 juta. Tahun depan, The Rock akan membintangi filem pengembaraan Disney Jungle Cruise dengan Emily Blunt.

Di tempat kedua ialah pelakon Avenger, Chris Hemsworth yang menjayakan watak ‘Thor’ yang memberinya US $ 76.4 juta. Rakan Avenger Hemsworth, Robert Downey Jr berada di tempat ketiga dengan nilai US$ 66 juta.

Untuk wanita, Scarlett Johansson adalah pelakon dengan pendapatan tertinggi di dunia untuk tahun kedua berturut-turut. Johansson, 34, memperoleh AS$ 15.5 juta (RM65 juta) lebih banyak daripada yang diperolehnya pada tahun 2018. Pendapatannya  dipengaruhi oleh kejayaan global filem “Avengers: Endgame” yang memberinya AS$ 35 juta.

Pelakon itu akan memakai sut Black Widow sekali lagi pada tahun 2020 untuk filem solo pertama watak berkenaan.

Bagi wanita, tempat kedua dipegang oleh Sofia Vergara, seorang veteran industri tetapi pendatang baru dalam senarai Forbes. Bintang sitkom “Modern Family” memperolehi AS$ 44.1 juta antara 1 Jun, 2018 dan 1 Jun 2019. Dia diikuti oleh Reese Witherspoon (US$ 35 juta) di tempat ketiga.

Tetapi walaupun Johansson dan pelakon wanita dalam senarai 10 teratas semuanya memperoleh lebih dari AS$ 20 juta, ketidaksamaan bayaran antara gender masih wujud di Hollywood.

Johansson memperolehi jumlah keseluruhan AS$ 56 juta sepanjang tahun lalu, tetapi jumlah itu hanya berada di tempat kelapan untuk senarai gabungan pelakon lelaki dan pelakon wanita berpendapatan tertinggi.

Sebagai perbandingan, Robert Downey Jr., yang memegang watak Ironman dalam “Avengers” memperoleh kira-kira US$ 55 juta untuk  peranannya dalam “Endgame.”

10 Teratas Lelaki:

  1. Dwayne Johnson $ 89.4 juta.
  2. Chris Hemsworth $ 76.4 juta.
  3. Robert Downey Jr. $ 66 juta
  4. Akshay Kumar $ 65 juta
  5. Jackie Chan $ 58 juta
  6. Bradley Cooper $ 57 juta
  7. Adam Sandler $ 57 juta
  8. Chris Evans $ 43.5 juta
  9. Paul Rudd $ 41 juta
  10. Will Smith $ 35 juta

10 Teratas Wanita:

  1. Scarlett Johansson (US $ 56 juta)
  2. Sofia Vergara (US $ 44.1 juta)
  3. Reese Witherspoon (US $ 35 juta)
  4. Nicole Kidman (US $ 34 juta)
  5. Jennifer Aniston (AS $ 28 juta)
  6. Kaley Cuoco (AS $ 25 juta)
  7. Elisabeth Moss (AS $ 24 juta)
  8. Margot Robbie (US $ 23.5 juta)
  9. Charlize Theron (US $ 23 juta)
  10. Ellen Pompeo (AS $ 22 juta)
Tags
Show More

Related Articles

Back to top button