Gaya HidupKesihatan

Rahsia Sihat Dua Pemimpin Negara Yang Kita Boleh Ikuti

Seluruh dunia pasti kagum dengan keadaan kesihatan Tun Dr Mahathir kita apabila beliau yag berusia 93 tahun masih mampu memimpin negara kita pada usia sedemikian.

Menurut Kosmo, Tun Mahathir sentiasa mengamalkan gaya hidup sehat sehingga beliau masih mampu menunaikan solat berdiri di usianya itu dan masih mampu melakukan senaman seperti berjalan atas treadmill, mengangkat dumbell pada waktu pagi dan latihan pernafasan.

“Jangan hisap rokok, minum arak dan makan terlalu banyak, itulah tiga perkara yang saya amalkan,” katanya kepada The Sunday Times tahun lalu.

Mahathir turut berkongsi petua yang diberikan oleh ibunya iaitu berhenti sewaktu tengah sedap menjamah makanan.

Jelas beliau, kecenderungan makan dan minum terlalu banyak boleh menyebabkan seseorang itu gemuk serta perut buncit.

Beliau juga sentiasa menjaga kesihatan jantung kerana ia merupakan organ penting. “Jantung bekerja sepanjang masa, dari dalam rahim lagi hingga akhir hayat. Jadi, sentiasa beringat dan elakkan daripada bekerja terlalu banyak.

“Saya sentiasa memastikan berat tidak melebih 64 kilogram. Apabila badan kecil, jantung dapat mengepam darah ke seluruh tubuh dengan mudah,” katanya yang masih boleh menyarung seluar yang dibeli empat dekad lalu.

Namun bagi Presiden Joko “Jokowi” Widodo pula rahsia beliau kekal sihat dan cerdas untuk melakukan aktiviti sehariannya ialah dengan mengambil jamu yang dihasilkan sendiri.

Jokowi yang terkenal sebagai seorang Presiden yang tidak berhenti melakukan kunjungan ke daerah-daerah kecil setiap hari dan ada sahaja kunjungan kejutan yang dilakukan oleh beliau sendiri telah berkongsi dengan warga internet dalam sebuah vlog di instagram miliknya tentang bagaimana dia membuat jamunya sendiri.

Jamu yang dibuatnya mengandungi temu lawak, halia dan kunyit. Semua ramuan ini akan ditumbuk, direnek dan disaring.

“Saya sudah mengamalkan minum (jamu) ini sejak 17 hingga 18 tahun yang lalu samapailah sekarang,” ujar Pak Jokowi di dalam video tersebut seraya berkata ia telah memberinya pelbagai manfaat dan kesihatan yang baik.

Untuk kebanyakan orang Indonesia, minum jami merupakan ramuan tradisional alami yang mampu menyingkirkan toksin dari badan.

Jamu juga boleh terdiri daripada pelbagai ramuan tradisional herba yang lain dan mampu untuk melegakan pelbagai kesakitan seperti sakit haid, menghangatkan tubuh badan, meningkatkan pemakanan kanak-kanak dan bagi Jokowi ia boleh meningkatkan stamino dirinya serta mengelak daripada diserang penyakit.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button