Teknologi

ASUS ROG Phone II Malaysia Dengan Spesifikasi Terbaik Gaming Phone

Dengan kejayaan ROG Phone sebagai antara telefon pintar gaming terbaik yang dikeluarkan, ASUS telah memperkenalkan ASUS ROG Phone II dengan spesifikasi yang lebih baik buat gamers.

Pihak ASUS telah mengesahkan ROG Phone II akan memasuki pasaran Malaysia dengan spesifikasi lebih tinggi berbanding model di China.

ROG Phone II dibina dengan chipset Qualcomm SDM855 Snapdragon 855+, 12GB RAM, Storan 512GB / 1TB, dan bateri sebesar 6000mAH.

Skrin AMOLED sebesar 6.59 inci dengan 80.3% screen to body ratio pada kadar segar semula 120Hz, menjadikan  pengalaman bermain lebih lancar dan jelas

Bagi kamera pula, dual lensa kamera belakang dengan 48MP + 13MP manakala 24MP kamera untuk kamera selfie.

Namun model Malaysia dilihat menerima beberapa peningkatan spesifikasi seperti sokongan rangkaian 4G dan jumlah storan yang lebih tinggi berbanding model China.

Dari segi aksesori, model ROG Phone II untuk pasaran Malaysia akan menerima rekaan rangka kaca sepenuhnya, aksesori penyejuk AeroActive Cooler dan kerangka Aero Case yang jauh lebih baik.

Bukan itu sahaja, setiap pembelian model ROG Phone II tempatan juga akan menerima pengecas 30W, kabel USB Type-C-to-C, dan semua aksesori-aksesori ini akan dimuatkan didalam kotak Six Prism yang hadir dengan rekaan menarik.

Seperti model sebelumnya, telefon ini juga mempunyai beberapa aksesori sambungan yang menarik seperti alatan kawalan gaming dan dock khusus untuk penggunaan permainan video yang lebih meluas.

Asus menjelaskan tiada tarikh mahupun harga yang ditetapkan untuk pasaran Malaysia, namun mereka menjangkan telefon ini akan memasuki pasaran tidak lama lagi.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button