Hiburan

Disney-Sony Bakal Berpecah, Spider-Man Jadi Mangsa?

Sony Pictures, studio yang memiliki hak filem untuk watak buku komik Spider-Man, telah bercadang untuk berpecah dengan Disney dan mungkin akan menyebabkan watak adiwira itu dikeluarkan daripada Marvel Cinematic Universe.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Sony berkata syarikat itu “kecewa” oleh permintaan Disney untuk keuntungan yang lebih besar dalam filem-filem Spider-Man dan cadangan mereka untuk mengecilkan penglibatan Presiden Marvel, Kevin Feige dalam filem itu.

Berita itu bermakna penampilan Spider-Man dalam filem Marvel Cinematic Universe di Disney serta penglibatan dalam filem Spider-Man lain, mungkin berakhir dengan Spider-Man: Far From Home, yang dikeluarkan awal musim panas ini.

Menurut Deadline, isu utama adalah wang di mana Disney dilaporkan meminta keuntungan 50/50 untuk filem-filem Spider-Man yang akan datang. Mengikut perjanjian semasa, Sony memberikan Marvel (dan Disney) lima peratus daripada pendapatan pecah panggung Spider-Man.

“Kami kecewa, tetapi menghormati keputusan Disney untuk tidak menyambung tugas Kevin Feige sebagai produser utama filem Spider-Man kami.

“Kami harap ini mungkin berubah pada masa akan datang, tetapi memahami bahawa banyak tanggungjawab baru yang telah diberikan oleh Disney kepada Feige termasuk beberapa projek baru Marvel menerusi saluran Disney+,” kata Sony Pictures.

Spiderman: Far From Home menghasilkan lebih $1 bilion di box office dan memberikan lebih daripada $50 juta untuk Disney. Tetap Disney merasakan jumlah itu agak kecil dari jumlah keseluruhan filem Spider-Man yang telah dibawa masuk Oleh Feige untuk Sony. (Far From Home baru-baru ini menjadi filem yang paling menguntungkan dalam sejarah Sony.)

Disney merasakan bahawa penglibatan mereka dalam francais itu dan hubungannya dengan filem-filem MCU (seperti Avengers: Endgame, yang meletakkan treler Far From Home sebagai pasca kredit), bertanggungjawab untuk keuntungan tersebut dan mereka mahukan bayaran yang lebih besar. Sony tidak bersetuju dan kedua-dua studio itu kelihatannya akan berpecah.

Marvel Studios dan Sony terlebih dahulu bersetuju dengan perjanjian mengenai Spider-Man pada tahun 2015, yang membolehkan watak itu muncul dalam filem Marvel, walaupun Sony mengekalkan hak untuk watak itu dan bertanggungjawab untuk pembiayaan, pengedaran, dan “kawalan akhir.”

Tom Holland dipilih sebagai watak Spider-Man tidak lama selepas itu, dan dia terus muncul dalam peranan dalam tiga filem Disney iaitu Captain America: Civil War, Avengers: Infinity War, dan Avengers: Endgame serta turut muncul dalam dua filem solo yang dihasilkan oleh Marvel dan dimiliki oleh Sony.

Mengikut laporan asal kontrak, Holland masih mempunyai satu filem solo untuk dijayakan dan laporan Deadline mencatatkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya dua filem yang diarahkan oleh Jon Watts yang dibintangi olehnya dalam karya-karya tersebut.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button