Isu SemasaSains

Adakah Kaktus Dapat Menyelesaikan Masalah Plastik Dunia?

Pelbagai kajian sedang dilakukan untuk menggantikan plastik yang kini menjadi masalah kepada alam dan manusia.

Salah satu kajian yang dilakukan di Mexico ialah dengan menggunakan kaktus sebagai pengganti kandungan berbahaya dalam plastik.

“Pulpa disaring untuk mendapatkan jus yang menjadi bahan utamanya,” cerita Sandra Pascoe, pengkaji daripada Mexico yang membangunkan produk dan kerja di Universiti Atemajac Valley di barat bandar Guadalajara.

Bahan ini kemudiannya akan dicampur bersama aditif tanpa toksik dan ditarik untuk menghasilkan kepingan yang pada akhirnya pigmennya akan diwarnakan dan dilipat untuk menjadi pelbagai bentuk dan jenis pembungkusan.

“Kami mahu memfokuskan objek yang tidak boleh digunakan lama terutamanya pembungkusan “sekali pakai”,” kata Pascoe.

Pascoe yang masih menjalankan kajian terhadap perkara ini berharap produknya akan dipatenkan pada hujung tahun ini dan bercadang untuk mendapatkan rakan kongsi pada awal tahun 2020 untuk memproduksikan barang ini pada skala yang lebih besar.

Ini adalah diharapkan bertepatan dengan waktu pengharaman penggunakan plastik akan dikuatkasakan.

Bandar Mexico akan mengharamkan penggunakan beg plastik pada tahun 2020 dan pada 2021, straw (sedutan), pinggan plastik dan sudu garfu plastik serta belon akan diharamkan jika ia diperbuat sepenuhnya mahupun separuh daripada plastik.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Latin Amerika dan Caribbean menyumbang kepada 10% sisa buangan dunia.

Pada bulan Mac, PBB telah berkomited untuk menurunkan kadar penggunakan plastik sekali pakai ini dalam satu dekad yang akan datang secara signifikan.

Walaupun seluruh dunia sering memngeluarkan notis kecemasan tentang keadaan alam sekitar yang semakin membimbangkan tetapi masih sekita 8 juta ton plastik didapati memasuki lautan kita setiap tahun.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button