Isu SemasaTempatan

Wilayah Persekutuan Pun Ada Portal Khas Menangkis Berita Palsu Di Media Sosial

Sebelum ini kita pernah dengar tentang portal Sebenarnya.my kini Kementerian Wilayah Persekutuan telah melancarkan portal mereka tersendiri untuk menyajikan berita bagi menangkis berita palsu yang sering beredar di media sosial.

Portal yang merupakan lanjutan daripada keluaran surat khabar Wilayahku yang baru sahaja diterbitkan pada 4 Januari yang lalu ini diuruskan oleh Wilayah Media Sdn Bhd, sebuah anak syarikat di bawah Yayasan Wilayah Persekutuan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad telah melancarkan portal tersebut pada 19 Ogos 2019 dengan berkata ia diharapkan dapat membuat orang ramai memilih dengan bijak pada PRU-15 yang akan datang dan tidak berdasarkan informasi yang tidak tepat.

Khalid yang juga telah melancarkan sebuah buku bertajuk 365 Hari Mengurus Transisi Memenuhi Harapan pada hari yang sama dengan pelancaran portal Wilayahku yang berkata, “Portal Wilayahku ialah penting untuk mengekang penyebaran berita palsu terutamanya perkara yang mencetuskan konflik kedua belah pihak.”

Sumber imej: selangorkini.my

Buku yang mengandungi 117 halaman itu pula mengandungi ucapan kementerian sepanjang tahun semasa beliau diberikan amanah untuk mengetuai Wilayah Persekutuan.

Buku tersebut juga mengandungi aktiviti yang telah dilakukan pihak kementerian dan agensi di peringkat wilayah.

Selain itu, buku tersebut turut menyatakan 10 kunci kejayaan pembangunan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dalam waktu setahun.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button