Sukan

Atlet Olahraga Negara Bakal Dapat Sentuhan Jurulatih Amerika

Barisan atlet olahraga negara dijangka mendapat sentuhan jurulatih dari Amerika Syarikat (AS), Dwayne Miller selepas berakhir Kejohanan Dunia pada Oktober nanti.

Miller yang dikatakan sudah pun menandatangani kontrak dan akan membantu untuk persiapan Sukan SEA Filipina bakal melatuh semua atlet pecut, lari berpagar, lompat jauh dan kijang.

Miller yang pernah membantu pelari pecut Amerika Syarikat, LaShawn Merritt merangkul dua emas pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing dalam acara 400m dan 4x100m dengan mencatat rekod Olimpik dikatakan akan bertugas sebagai pengarah teknikal dan pada masa bersama ketua jurulatih untuk menyelaraskan program pelbagai disiplin sukan olahraga.

Untuk rekod, Miller juga pernah meraih anugerah ‘Nike Coach of the Year’ dari badan induk olahraga Amerika Syarikat, USA Track and Field pada tahun 2008 lapor HarianMetro.

Sementara itu, jaguh pecut negara, Khairul Hafiz Jantan telah gagal dalam misi bergelar raja pecut pada temasya Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA).

Gelaran tersebut kini menjadi milik Muhammad Aqil Yasmin dari kontinjen Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM). Ia merupakan aksi senget kerana kedua-dua menamatkan saingan dengan masa yang sama iaitu 10.76s tetapi dipisahkan kemenangan dengan keputusan ‘photo finish’.

Bagi BeritaHarian, The Speedy Jantan kelihatan masih bergelut dengan cacatan masa yang jauh daripada rekod kebangsaan yang dipegangnya iaitu 10.18s.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button