Gaya HidupHiburan

Animangaki – Acara ACG Memasuki Tahun Ke-11

Bagi peminat animation, comics and games (ACG), Animagaki merupakan satu acara yang tidak boleh dilepaskan setiap tahun.

Animagaki merupakan satu acara konvensyen dan perjumpaan peminat ACG yang dinanti-nantikan dari peminat pelbagai negara dengan bermacam-macam aktiviti sepanjang 2 hari tersbut.

Bagi acara kali ke-11 ini, Animagaki akan diadakan di Mines International Exhibition and Convention Centre pada 31 Ogos dan 1 September 2019.

imej oleh Waninoko Production

Lokasi untuk tahun ini lebih besar di mana ruang doujin kini boleh memuatkan 200 artis (sebelum ini hanya 120 artis), sekysen khas untuk cosplayer yang dipanggil Cosplay Alley dan akan memberikan lebih tumpuan untuk seksyen e-sukan juga.

Dengan tema ‘circus’ untuk tahun ini, Animangaki 2019 menyasarkan sehingga 20,000 pengunjung dari Malaysia serta negara jiran.

Seperti acara sebelum ini, pelbagai aktiviti yang disediakan seperti

  • Pertandingan Copslay
  • AniManGaki Idol
  • Art Competition
  • Doodle 4 AniManGaki
  • Carnival Games
  • Special Interest Panels/Workshop
  • Doujin Alley
  • Cosplay Alley
  • Persembahan Pentas & Band
  • Video Game Arena
  • Exhibitor Booths

Animangaki turut menjemput beberapa tetamu istimewa komuniti ACG seperti

  • Takebuchi Kei (penyanyi dan ahli muzik Jepun)
  • Yoko Taro (pengarah permainan video siri NieR dan Drakengard)
  • Takahisa Taura (pengarah permainan video ASTRAL CHAIN)
  • SAIDA (Cosplayer/Youtuber dari Korea Selatan)

#kendylife, seorang illustrator dan pakar digital turut dijemput untuk berkongsi informasi dan pengetahuan tentang illustrasi digital.

Manakala Rikka Blurhound dan Yugana Senshi Uon akan turut hadir untuk berkongsi pengalaman dan informasi tentang cosplay.

Untuk mendapatkan lebih informasi dan maklumat mengenai harga tiket dan jadul acara, anda boleh melayari laman web rasmi dan laman Facebook Animangaki.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button