Isu SemasaTempatan

Tahukah Anda Apa Itu Kandungan Berbaur “3R”?

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menggesa orang awam untuk tambil membuat laporan ke atas mana-mana insiden atau kandungan yang menyentuh “3R” di media sosial.

3R merujuk kepada Race, Religion, dan Royalty (Kaum, Agama, dan Institusi Diraja).

Dalam satu kenyataan, SKMM menyatakan bahawa laporan boleh dilakukan menerusi aplikasi WhatsApp ke nombor 016-220 6262 atau menerusi e-mel mediasosial@mcmc.gov.my.

Menurut SKMM, platform tersebut akan memudahkan dan mempercepatkan proses penguatkuasaan yang akan diambil ke atas kandungan-kandungan yang mengandungi unsur 3R itu, di mana ia akan dilakukan dengan kerjasama pihak berkepentingan yang berkaitan.

Difahamkan, orang awam juga diminta untuk mengambil tangkapan skrin (screenshot) dan pautan (URL) bagi kandungan-kandungan yang negatif di media sosial hantar ke platform-platform yang telah disediakan.

Bagi kandungan yang disebarkan melalui WhatsApp pula, orang ramai perlu mengambil tangkapan skrin berserta nombor telefon individu bagi tujuan melakukan aduan.

Dalam pada itu, SKMM turut menasihati orang ramai untuk mengamalkan sikap kesederhanaan ketika membincangkan isu-isu sensitif dalam usaha mengekalkan keharmonian dan keamanan yang dicapai menerusi persefahaman bersama yang dibina sejak 62 tahun lalu, ketika negara memperoleh kemerdekaan.

Tegas suruhanjaya itu lagi, sebarang komen dan penyebaran kenyataan negatif yang boleh mengancam perpaduan masyarakat berbilang kaum di dalam negara perlu dihentikan dengan segera demi kepentingan bersama.

Sumber: The Sun Daily – Bernama

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button