Isu SemasaTempatan

Kerajaan Pahang Perketat Peraturan Penganugerahan Pangkat

Kerajaan Pahang dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan beberapa pembaharuan berhubung penganugerahan darjah kebesaran dan pingat negara yang akan berkuatkuasa pada 1 Ogos.

Pembaharuan itu meletakkan peraturan dan kriteria yang lebih ketat dalam pemilihan. Jawatankuasa penilaian akan menilai kelayakan penerima sementara jawatankuasa siasatan akan memeriksa salah laku.

Sekatan umur juga akan dikenakan. Tiada individu di bawah umur 40 tahun yang boleh dicalonkan untuk anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran “Datuk”, dan ke atas, melainkan jika pencalonan adalah daripada Raja sendiri.

“Kerajaan negeri berpendapat bahawa pengisytiharan ini memperlihatkan standard integriti dan tadbir urus yang tinggi berkaitan dengan pemberian pangkat negara,” kata kenyataan itu.

Menurut laporan NST, penamaan individu untuk anugerah ini hanya boleh dibuat oleh Raja, perdana menteri atau ketua setiausaha kepada kerajaan, menteri besar, ketua menteri atau setiausaha negeri atau pemimpin komuniti atau industri yang diiktiraf.

Setiap penamaan akan melalui jawatankuasa penilaian yang terdiri daripada menteri besar sebagai pengerusi dan pegawai pentadbiran negeri iaitu setiausaha negeri, penasihat undang-undang, pengawal kewangan, setiausaha Majlis Daerah Pahang, ketua polis Pahang, pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pengarah Jabatan Tanah dan Galian negeri dan mana-mana orang lain yang dilantik oleh pengerusi dengan kelulusan Raja.

Dengan pembaharuan itu, langkah segera akan diambil untuk menyiasat jika penerima dihubungkan dengan perbuatan salah laku, mempamerkan ketidakjujuran, kekurangan integriti atau perbuatan yang boleh menyebabkan nama mereka tercemar.

Salah laku itu boleh dibawa ke perhatian Raja, menteri besar, Majlis Daerah Pahang, ahli jawatankuasa penilaian, kerajaan negeri atau dilaporkan dalam media, walaupun tiada laporan rasmi dibuat.

“Jawatankuasa penilaian akan menubuhkan jawatankuasa siasatan yang mana tiga daripada ahli itu adalah dari jawatankuasa penilaian, untuk menyiasat salah laku tersebut.

“Keputusan Raja adalah muktamad dan tidak boleh dicabar di mahkamah atau tribunal dan tidak ada tindakan undang-undang atau prosiding yang boleh dimulakan oleh pihak yang terlibat, terhadap anggota jawatankuasa penilaian dan penyiasatan,” kata kenyataan itu.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button