Isu SemasaTempatan

Pemain-Pemain Sektor E-Wallet Akan Perlu Bergabung. Tetapi Mengapa?

Pemain-pemain utama dan kecil di dalam sektor e-wallet perlu bergabung berikutan kos operasi kos operasinya yang tinggi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Axiata Digital Services Sdn Bhd, Khairil Abdullah, ketiadaan pasaran massa juga akan memaksa pemain-pemain kecil untuk bergabung dengan pemain utama.

Pada masa ini, terdapat banyak penyedia perkhidmatan e-wallet di Malaysia memandangkan keyakinan pengguna terhadap platform pembayaran itu semakin meningkat kerana kemudahan dan kebolehpercayaannya.

“Pada pandangan saya, akan ada tiga pemain besar kerana pada jangka masa yang panjang, kita tidak boleh mempunyai lebih daripada 40 pemain.

“Akan ada beberapa pemain khusus tambahan kepada pemain-pemain utama ini,” katanya kepada The Malaysian Reserve.

E-wallet membolehkan pengguna untuk membayar segala benda, daripada parking sehinggalah barangan runcit, tol, bil, tiket wayang, dan penghantaran makanan, dengan menggunakan telefon pintar menerusi aplikasi-aplikasinya.

Pengguna boleh memasukkan seberapa banyak wang di dalam e-wallet mengikut kehendak merea.

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), terdapat 46 pengeluar wang digital (e-wang) yang terdiri daripada lima bank dan 41 syarikat bukan bank di dalam negara. Difahamkan, institusi-institusi ini dikawal selia oleh BNM.

Transaksi e-wang dijangka akan mencecah RM12 bilion pada tahun ini, Berdasarkan data pembayaran elektronik BNM, terdapat 1.92 bilion transaksi e-wang yang secara keseluruhan bernilai RM11 bilion.

Bagi tempoh bulan Januari sehingga Mei 2019 sahaja, 832 juta transaksi e-wang direkodkan dengan jumlah RM6.3 bilion.

Mengulas tentang kesediaan negara untuk menjadi masyarakat tanpa tunai (cashless society), Khairil memuji langkah BNM untuk menyokong ekosistem pembayaran digital baru dengan memastikan setiap pengguna yang mempunyai akaun bank membawa produk-produk tanpa tunai.

“(Produk) tanpa tunai datang dalam pelbagai bentuk, termasuk kad kredit, kad debit, dan saya melihat trend tanpa tunai ini akan bergerak dengan pantas dalam beberapa tahun akan datang,” katanya.

Pelan Tindakan (Blueprint) Sektor Kewangan BNM (2011-2020) menggariskan matlamat untuk merealisasikan manfaat e-pembayaran, sementara meningkatkan kefisienan sistem pembayaran sedia ada.

Menjelang tahun 2020, bank pusat menyasarkan 200 transaksi e-pembayaran dan 30 transaksi kad kredit bagi setiap seorang.

Dalam pada itu, platform e-wallet Axiata Digital, Boost Pay merupakan salah satu penyedia perkhidmatan e-wallet terkemuka yang mempunyai lebih daripada 4.5 juta pengguna dan 100,000 touch points.

Laporan Nielsen Payment Landscape 2018 mendapati bahawa 67% rakyat Malaysia telah menggunakan pembayaran tanpa tunai, terutamanya kad debit dan perbankan atas talian (online).

Namun, hanya 8% sahaja yang menggunakan mobile wallet berbanding kaedah-kaedah pembayaran tanpa tunai lain memandangkan isu keselamatan menjadi kebimbangan utama.

Menurut Nielsen, 50% golongan bukan pengguna bimbang tentang penipuan berkaitan dengan wang digital.

 

Sumber: The Malaysian Reserve (TMR)

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button