AntarabangsaIsu Semasa

Kuil Jepun Kini Bertuhankan Sami Robot

Sebuah kuil yang berusia 400 tahun di Jepun sedang cuba menarik minat penganut Buddha dengan kehadiran sami robotik walaupun pengkritik membandingkan robot android itu dengan “rakasa Frankenstein.”

Robot yang dikenali sebagai Mindar mengajar khutbah di kuil Kodaiji di Kyoto dan rakan-rakan saminya meramalkan bahawa dengan kecerdasan buatan, ia dapat memperoleh kebijaksanaan yang tidak terbatas pada suatu hari nanti.

“Robot ini tidak akan mati, ia akan terus mengemas kini dan berkembang,” kata sami Tensho Goto kepada AFP.

“Itulah keindahan robot. Ia boleh menyimpan pengetahuan selama-lamanya dan tanpa batas.

“Dengan AI kami berharap ia akan berkembang dengan kebijaksanaan untuk membantu orang mengatasi masalah yang paling sukar dan mengubah Buddhisme,” tambah Goto.

Robot bersaiz dewasa memulakan perkhidmatan pada awal tahun ini dan mampu menggerakkan badan, lengan dan kepala. Tetapi hanya tangan, muka dan bahunya sahaja ditutupi dengan silikon untuk meniru kulit manusia.

Menadah tangan ketika berdoa dan bercakap dengan nada yang menenangkan, seluruh bahagian mekanikal android itu kelihatan jelas.

Lampu pendawaian berkelip mengisi rongga tengkorak kepala dan wayar elektronik berselirat di sekitar badan aluminiumnya.

Kamera video kecil yang dipasang di mata kiri menyempurnakan kerangka robot tanpa jantina itu, membuatkannya kelihatan seperti cyborg dalam filem thriller sci-fi Hollywood.

Related image

Dibangunkan dengan kos hampir $1 juta dalam projek bersama antara kuil Zen dan profesor robotik terkenal Hiroshi Ishiguro di Universiti Osaka, robot yang mengendalikan tugas sami Kannon (dewa rahmat) mengajar tentang belas kasihan dan bahaya keinginan, kemarahan dan ego.

Dengan pengaruh agama pada kehidupan seharian semakin berkurang di Jepun, Goto berharap sami robot kuil Kodaiji akan dapat menarik generasi muda dengan cara yang mana sami tradisional tidak dapat laksanakan.

Satu tinjauan Universiti Osaka baru-baru ini menunjukkan pelbagai maklum balas daripada mereka yang telah melihat android itu, dengan banyak menyatakan kejutan dan ia kelihatan seperti “manusia”.

“Saya dapat merasakan keserasian yang anda tidak akan rasa dari mesin biasa,” kata salah seorang yang ditinjau.

“Pada mulanya ia sedikit janggal tetapi android itu adalah mudah untuk diikuti. Ia membuat saya berfikir secara mendalam mengenai perkara yang betul dan salah,” jawab seorang lagi pengunjung kuil itu.

Kuil Kodaiji juga menghadapi kritikan yang mana kebanyakannya daripada orang asing yang mendakwa ia mengganggu kesucian agama.

“Orang-orang Barat yang paling ramai menentang robot itu,” kata Goto, sambil memberitahu m maklum balas positif dari pengunjung Jepun sendiri.

“Ini mungkin pengaruh kitab Injil dan kebanyakan orang Barat telah membandingkan Mindar dengan raksasa Frankenstein,” katanya.

“Orang Jepun tidak mempunyai apa-apa prasangka terhadap robot, kami dibesarkan di mana robot adalah kawan kami menerusi komik-komik. Orang Barat berfikir secara berbeza mengenai robot,” kata Goto.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button