AntarabangsaIsu SemasaPolitik

Rusia: Insiden Tunjuk Perasaan Tidak Cetuskan Krisis Politik

Kerajaan Rusia dalam satu kenyataan pada Selasa menafikan bahawa siri insiden tunjuk perasaan yang berlaku di Moscow sejak beberapa minggu kebelakangan ini telah mencetuskan krisis politik di negara itu.

Memetik laporan Reuters, ini merupakan kenyataan pertama yang dikeluarkan secara rasmi oleh Kremlin berhubung protes berkenaan.

Difahamkan, demonstrasi yang bertujuan untuk menuntut pilihan raya yang bebas dan adil itu telah berubah menjadi pergerakan protes yang terbesar di Rusia sejak tahun 2011-2013.

Ribuan penunjuk perasaan telah berhimpun untuk membantah “penipuan pilihan raya”, berikutan tindakan kerajaan Rusia yang melarang pembangkang dan calon bebas daripada menyertai pemilihan Majlis Perbandaran yang akan berlangsung pada bulan September ini.

“Kami tidak bersetuju dengan ramai orang yang menyifatkan situasi yang sedang berlaku ini sebagai krisis politik.

“Protes berlaku di banyak negara di seluruh dunia. Ia diprovokasi oleh isu-isu tertentu,” kata jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov.

Polis dilaporkan telahmenahan lebih daripada 2,000 orang dalam demonstrasi di Moscow.

Terdapat juga beberapa rakaman video yang menunjukkan tindakan keras polis terhadap penunjuk perasaan, sekali gus mencetuskan kemarahan dalam kalangan rakyat Rusia yang menganggap bahawa pihak berkuasa telah menggunakan kekerasan melampau.

Sumber: The Star – Reuters

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button