Isu SemasaTempatan

Instafamous Pun Kena Bayar Cukai Ke?

Mungkin ramai pembayar cukai ada menerima e-mel dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tentang Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) tetapi tak pasti apakah tujuannya.

 

Apakah Tujuan PKPS

Ia sebenarnya adalah untuk pembayar cukai yang masih belum melaporkan pendapatan mereka sehingga tahun taksiran 2017.

Ini termasuk mereka yang mempunyai pendapatan daripada Malaysia dan disimpan dalam akaun bank luar negara yang tidak dilaporkan kepada LHDN.

PKPS ini adalah tawaran yang dilakukan mengikut pembentangan Bajet 2019 lalu dengan kadar penalti rendah kepada mereka yang belum menjelaskan cukai takiran tahunan tersebut.

PKPS menawarkan kadar penalti yang rendah iaitu sebanyak 10 % dan 15 % ke atas cukai tambahan yang dikenakan kepada pembayar cukai yang tampil membuat pengakuan sukarela ke atas mana-mana pendapatan yang masih belum dilaporkan sehingga tahun taksiran 2017.

Fasa pertama program ini bermula 3 November 2018 dan berakhir 31 Mac 2019 telah diperpanjangkan kepada 30 Jun 2019 dengan menawarkan penalti 10% manakala fasa kedua bermula 1 April 2019 dan sepatutnya berakhir 30 Jun 2019 telah dilanjutkan sehingga 30 September 2019 dengan menawarkan penalti sebanyak 15% ke atas cukai tambahan.

 

Adakah Instafamous Perlu Menjelaskan Pendapatan Mereka?

Menurut UtasanOnline, pendapatan Instafamous dan mana-mana perniagaan secara online yang dibayar kerana melakukan gift review atau perkhidmatan melalui platform digital adalah tertakluk kepada pengenaan cukai pendapatan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

Ini sekiranya jumlah pendapatan termasuk pendapatan lain seperti penggajian sekiranya ada melepasi kadar minimum yang boleh dikenakan cukai di bawah akta tersebut.

 

Bagaimana Hendak Kira Cukai?

Contohnya, Alia mempunyai pendapatan tetap (gaji) dari syarikat ABC Sdn. Bhd. berjumlah RM5,000 sebulan.

Beliau juga mempunyai pendapatan tambahan hasil daripada bayaran ulasan yang dibuat melalui Instafamous berhubung produk kecantikan dan menerima RM10,000, RM15,000 dan RM25,000 secara berkala daripada syarikat kosmetik sepanjang tahun 2017.

Bagi Tahun Taksiran 2017, pendapatan yang sepatutnya dilaporkan oleh Ali adalah:

Penggajian – ABC Sdn. Bhd.: RM60,000

Pendapatan lain – Instafamous: RM50,000

JUMLAH: RM110,000.00

Cukai adalah dikira melalui jumlah pendapatan yang diterima pada tahun tersebut.

 

Apakah Manfaat Bagi Orang Mengisytiharkan Pendapatan Mereka Dan Menyertai Program Ini?

Program ini merupakan satu program penyelesaian cukai yang mudah dan segera. Ia telah dilaksanakan di beberapa negara maju termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Australia, United Kingdom dan terbaharu, Indonesia menerusi programnya “Amnesti Pajak” yang telah tamat pada Mac 2018.

Apabila pembayar cukai menyertai program PKPS, mereka dianggap telah menyempurnakan rekod-rekod percukaian mereka sehingga tahun taksiran 2017.

Ini membolehkan mereka bermula dengan “bersih” mulai tahun taksiran 2018 apabila mereka memfailkan borang nyata cukai pendapatan masing-masing bermula 1 Mac lalu.

 

Adakah LHDN Memiliki Rekod Pendapatan Warga Malaysia Di Luar Negara?

Bagi mereka yang mempunyai akaun di luar negara, prosedur pembukaan akaun bank adalah seragam di peringkat antarabangsa. Semua maklumat termasuk percukaian perlu dikemukakan kepada pihak berkuasa negara tersebut.

Di bawah inisiatif Pertukaran Maklumat Secara Automatik (AEOI) oleh Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) yang ditandatangani lebih 100 negara, LHDN telah mula menerima maklumat pemilikan akaun bank seperti ini mulai September 2018.

Sehingga kini, LHDN telah menerima lebih daripada 450,000 akaun bank yang telah dibuka rakyat Malaysia di 57 buah negara.

Atas dasar inilah PKPS ditawarkan sebagai satu penyelesaian cukai bagi mereka yang mempunyai akaun bank di luar negara tetapi belum melaporkan sumber pendapatannya kepada LHDNM.

 

Atlet Juga Dinasihatkan Untuk Isytiharkan Pendapatan Mereka

Peringatan yang dikeluarkan AstroAwani telah menyatakan para atlet negara dinasihatkan supaya segera tampil mengisytihar cukai pendapatan sebenar mereka sebelum 30 Sept ini kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerusi Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS).

Ia terutamanya melibatkan atlet profesional seperti pemain bola sepak dan pasukan yang mempunyai dua kontrak, yang bertujuan untuk penipuan cukai.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button