Sukan

Apa Yang Christian Eriksen Mahu Supaya Terus Kekal Dalam Spurs?

Pemain asal Denmark, Christian Eriksen dikatakan telah mendapat tawaran berganda untuk memastikan dirinya terus kekal bersama pasukan Tottenham tetapi bintang tersebut memberi petanda bahawa dirinya tidak tertarik dengan ganjaran tersebut sebaliknya berhasrat untuk bermain bersama kuasa besar bola sepak Eropah yang lain.

Tottenham Hotspur dikatakan bersedia menaikkan gaji pemain tengah itu sehingga £200,000 (RM1.02 juta) seminggu berbanding gaji sekarang, £80,000 (RM404 juta).

Situasi itu sudah pasti meresahkan Spurs jika Eriksen yang dianggarkan bernilai £100 juta (RM505 juta) meninggalkan mereka pada musim panas ini.

Laporan HMetro mengatakan Eriksen berminat untuk beraksi dengan pasukan Real Madrid dan Juventus.

Sumber melaporkan jika pemain itu sedia menurut kehendak Spurs, dia akan memasukkan klausa baharu bagi membolehkannya menyertai kelab tertentu dengan harga tetap.

Pengerusi Totenham, Daniel Levy masih boleh menjual Eriksen pada musim panas ini memandangkan jendela perpindahan masih dibuka sehingga 2 September depan.

Bagaimanapun, skuad Mauricio Pochettino sudah pasti tak sanggup kehilangan Eriksen yang menyinar ketika Spurs menewaskan Aston Villa 3-1, Sabtu lalu.

Bagi perpindanhan Liga Perdana Inggeris, jendala perpindahan telah ditutup pada Khamis lalu dengan melihat perpindahan termahal dicatatkan oleh Joao Felix dari Benfica ke Atletico Madrid.

Dengan nilai 126 juta euro meletakkan perpindahan ini di tangga keempat selepas pembelian Neymar serta Kylian Mbappe ke PSG dan Philippe Coutinho ke Barcelona di tangga ketiga.

Jumlah 20 gol dalam 43 penampilan hanya pada usia 19 tahun, makanya tinggilah harapan seluruh warga Atletico untuk melihat sama ada bintang muda baharu ini dapat membuktikan nilainya atau sebaliknya.

AstroAwani menyenaraikan 10 perpindahan tumpuan musim baharu 2019/2020 untuk kelab-kelab Liga Perdana Inggeris.

1. Harry Maguire – Leicester City ke Manchester United (80 juta Pound/87 juta Euro)
2. Nicolas Pepe – Lille ke Arsenal (70 juta Pound/76 juta Euro)
3. Eden Hazard – Chelsea ke Real Madrid (100 juta Euro)
4. Romelu Lukaku – Manchester United ke Inter Milan (74 juta Pound/80 juta Euro)
5. David Luiz – Chelsea ke Arsenal (8 juta Pound)
6. Joao Cancelo – Juventus ke Manchester City (62.8 juta Pound/68 juta Euro + Danilo)
7. Giovani lo Celso – Real Betis ke Tottenham Hotspurs (60 juta Pound/66 juta Euro)
8. Alex Iwobi – Arsenal ke Everton (sekitar 40 juta Pound/43.4 juta Euro)
9. Laurent Koscielny – Arsenal ke Bordeaux (Percuma)
10. Ander Herrera – Manchester United ke PSG (Percuma)

Show More

Related Articles

Back to top button