Bisnes & Ekonomi

Menjahit Kembali Kehidupan Lama Dengan Perniagaan Sosial

Sering kali masalah sosial yang menjerat wanita menyukarkan diri mereka untuk bangkit semula dan memajukan diri dalam masyarakat. Akibatnya, mereka lebih mudah terjerumus ke dalam kancah sosial yang lebih dalam.

Kebelakangan ini pelbagai inisiatif masyarakat dilakukan untuk membantu golongan ini berdiri sendiri dan memulakan kehidupan bagi menjadi lebih baik.

Terkini ialah usaha membantu mereka melalui perniagaan sosial yang mungkin kita boleh adaptasikan di Malaysia yang tidak terlepas daripada golongan kurang bernasib baik ini.

 

Memberi Peluang Kedua Dengan Menjahit Baju

Di Barcelona, 20 bekas pelacur paksaan yang berjaya melarikan diri diberikan peluang kedua dengan bekerja di sebuah perniagaan sosial yang didirikan oleh organisasi Katolik, El Lloc de la Dona, Catalan for Women’s Place yang sudah bertahun lamanya membantu pelacur paksaan ini.

Perniagaan sosial yang didirikan oleh organisasi ini ialah sebuah jenama pekaian, The Dona Kolors. Mereka diberi kerja untuk mendapatkan rezeki halal dengan menjahit pakaian.

Pasukan yang membantu wanita (tidak ada di dalam gambar) bekerja di Dona Kolors. Sumber Imej: www.llocdeladona.org

“Bekerja di sini membuat diri saya lebih rasa diberi kuasa, tenang dan bahagia,” kata Fer, salah seorang mangsa pelacur paksaan daripada Brazil yang berusia 42 tahun.

The Dona Kolors yang didirikan sejak tahun 2012 untuk membantu wanita seperti Fer bagi mendapatkan keyakinan diri dan memulakan semula kehidupan menghasilkan pakaian simple dengan kain linen serta kapas untuk wanita di antara usia 30-40 tahun.

Bagi profesor undang-undang, Myriam Herrera Morena dari Univesity of Seville, wanita seperti Fer harus mengambil masa untuk menyesuaikan diri setelah bekerja sebagai pelacur paksaan.

“Ia merupakan proses yang perlahan dan wanita harus berhenti merasakan diri mereka lemah, rapuh dan mangsa yang kasihan,” ujar Myriam.

 

Women’s Palace Membantu Ratusan Wanita Setiap Tahun

Women’s Place di Barcelona ini didana oleh kerajaan Sepanyol, Majlis Perbandaran Barcelon dan CaixaBank.

Seramai 354 wanita daripada 26 negara berbeza datang ke Women’s Place tahun lalu untuk meminta bantuan.

Antara koleksi hasil Dona Kolors. Sumber Imej : losviajesdemodaderachel.blogspot.com

Bagi 20 wanita yang diberi peluang untuk bekerja untuk Dona Kolors, mereka dibaya mengikut gaji yang ditetapkan negara iaitu di antara 870 hingga 970 (RM4,040 hingga RM4,504) sebulan yang diperkirakan agak rendah tetapi lebih tinggi daripada gaji minima negara tersebut.

Daripada 354 wanita yang meminta pertolongan, ramai yang sukar untuk mendapat pekerjaan apabila tidak dapat melalui pelatihan awal dan tidak berjaya bertutur dalam bahasa Sepanyol.

Oleh itu ramai daripada mereka akhirnya dapat bekerja sebagai tukang cuci. Apatah lagi dengan kadar pengangguran di Sepanyol yang tinggi, ia sangat menyukarkan mereka untuk mendapatkan pekerjaan.

Ini menambahkan lagi kesukaran untuk mereka mendapatkan pekerjaan jika mereka harus mencari pekerjaan sendiri. Dengan itu sistem sokongan yang diberikan oleh Women’s Place adalah sangat perlu untuk mereka.

 

Cabaran Dona Kolors Untuk Berdiri Sendiri

Namun begitu, walaupun pada satu sisi mereka berjaya membantu para wanita ini memperoleh rezeki yang baik, tetapi organisasi seperti Dona Kolors ini mengalami masalah mereka tersendiri.

Mereka belum lagi boleh menghasilkan duit sendiri apabila kos mereka melebihi keuntungan dua kali ganda.

“Kami belum berjaya menjual produk kita mencukupi untuk menyokong projek ini tanpa dana. Oleh itu kami perlu melakukan perubahan,” kata Reyes.

“Ia sangat sukar untuk kami membuatkan jenama ini bertahan kerana beberapa sebab seperti kain kapas yang diperoleh daripada Eropah,”tambah Reyes.

Antara koleksi Dona Kolors 2018. Sumber Imej: tenerifemoda.com

“Pakaian yang dijual di atas talian dan lebih daripada 30 kedai di Barcelona masih belum memperoleh keuntungan untuk jenama apatah lagi ramai orang masih memilih untuk mencuba pakaian di kedai fizikal,” kata Laura Ortiza, pengurus pemasaran Dona Kolors.

Walau bagaimanapun mereka tetap optimis dan mahu menghasilkan pakaian berkualiti dengan rekaan yang baik mengikut musim kerana mahu untuk memajukan perniagaan dan membantu lebih ramai wanita yang berada dalam paras terendah hidup mereka.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button