AntarabangsaIsu Semasa

Kumpulan Militan Filipina ‘Berguru’ Dengan Dua Pengganas Sri Lanka?

Sekurang-kurangnya dua orang pengganas dari Sri Lanka dilaporkan telah menyusup masuk ke Filipina untuk melatih militan tempatan membuat bom serta menyerang gereja dan sasaran-sasaran lain di pulau Luzon.

Berdasarkan senarai pemerhatian Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Manila, dua pengganas tersebut dikenali sebagai Mark Kevin Samhoon dan Victoria Sophia Sto Domingo.

Kedua-dua mereka telah dilabel sebagai “pengebom berani mati”, di mana mereka turut mempunyai saudara mara di Filipina.

Memetik laporan Straits Times, Samhoon mempunyai kaitan dengan National Thowheed Jama’ath, iaitu kumpulan pengganas yang dituduh melancarkan serangan bom ketika sambutan Hari Easter di Sri Lanka pada bulan April.

Insiden tersebut mengorbankan sekurang-kurangnya 250 nyawa.

Difahamkan, ibunya yang merupakan warga Filipina bekerja sebagai seorang pembantu rumah di Dubai.

Samhoon juga dikatakan mempunyai kaitan dengan Sto Domingo, namun hubungan mereka masih tidak jelas.

Sto Domingo digambarkan sebagai seorang “black-belter” yang telah melatih kanak-kanak dan wanita cara untuk membuat bom.┬áDia turut memegang kedua-dua pasport Filipina dan Sri Lanka.

Dalam pada itu, Rommel Banlaoi dari Philippine Institute For Peace, Violence and Terrorism Research menyatakan bahawa Sto Domingo terlibat dalam plot melancarkan serangan berani mati ke atas sebuah gereja Roman Katolik di wilayah Sulu pada bulan Januari yang meragut nyawa 23 orang sementara sekurang-kurangnya 100 lagi mangsa tercedera.

Pengebom berani mati yang melakukan serangan pula dikenalpasti oleh polis Indonesia sebagai Rullie Rian Zeke dan Ulfah Handayani.

Samhoon dan Sto Domingo dilaporkan sudah menjadi sebahagian daripada militan Filipina di Luzon.

Sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Suyuful Khilafa Fi Luzon didakwa mempunyai rancangan untuk mengebom gereja-gereja di Luzon dengan bantuan Samhoon dan Sto Domingo.

Menurut pegawai keselamatan Filipina, militan merancang untuk mengebom sasaran-sasaran di Luzon sebagai ‘mesej’ bahawa pengaruh mereka sedang tersebar di kawasan-kawasan yang jauh dari kubu kuat mereka.

Sementara itu, Salvador Panelo, jurucakap Presiden Filipina Rodrigo Duterte, pada Selasa mengesahkan bahawa pasukan keselamatan di Luzon bersiap siaga untuk membendung serangan-serangan sedemikian.

Sumber: Straits Times

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button