Isu SemasaTempatan

Tiada Lagi Pengambilan Pekerja Asing Dalam 4 Subsektor Menjelang 2021

Kerajaan bersetuju untuk menghentikan pengambilan pekerja asing dalam empat subsektor perkhidmatan yang terdiri daripada dobi, tekstil, tukang gunting, dan tukang emas secara berperingkat, mulai tahun ini sehingga tahun 2021.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara telah dipersetujui ketika Mesyuarat Jawatan Kuasa Bersama di antara kementeriannya dan Kementerian Sumber Manusia pada Khamis, 8 Ogos 2019.

Jelas beliau, cadangan untuk menghentikan perkhidmatan pekerja-pekerja asing berkenaan telah dikemukakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Difahamkan, justifikasi penutupan ini adalah berdasarkan kepada keutamaan penggajian rakyat tempatan dan fokus kepada sektor-sektor lain yang lebih merangsang ekonomi.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Muhyiddin dan Menteri Sumber Mansuia, M.Kulasegaran itu turut memutuskan bahawa kajian lanjut dilaksanakan oleh Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA)  bagi menentukan keperluan penggajian pekerja asing dalam subsektor gudang darat.

Berdasarkan hasil kajian tersebut juga, kerajaan juga akan menentukan semula agensi-agensi bersesuaian yang akan menjadi penyelia bagi subsektor berkenaan.

Menurut Muhyiddin, permohonan pengambilan pekerja asing sebagai pemandu syarikat-syarikat “prime mover” di Westports dan Pelabuhan Tanjung Pelepas juga akan dipertimbangkan mengikut prosedur sedia ada, dengan mengambil kira keperluan sebenar syarikat.

Pada masa akan datang, syarikat-syarikat yang perlu mempertimbangkan pelbagai faktor termasuk kadar gaji, elaun, dan insentif yang akan menarik minat pekerja tempatan, selain daripada bergerak ke arah automasi serta mekanisasi.

Dalam pada itu, kedua-dua kementerian itu turut bersetuju dengan cadangan Kementerian Kerja Raya (KKR) berhubung kadar yuran penilaian kompetensi kemahiran untuk pekerja asing sektor pembinaan di negara sumber iaitu RM750 per tred bagi Tred Biasa dan RM850 per tred bagi Tred Minyak dan Gas.

“Selain itu, kerajaan prihatin dengan masalah pengusaha sawah yang menanggung kos operasi lebih tinggi pada masa kini.

“Jadi, mesyuarat bersetuju meluaskan skop tempoh kemasukan pekerja asing di bawah Pas Lawatan (Kerja Sementara) PLKS Jangka Pendek untuk sektor pertanian khusus bagi tanaman padi untuk tempoh enam bulan,” menurut Muhyiddin.

Sumber: The Star, Bharian

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button