AntarabangsaIsu Semasa

Singapura: Di Mana Durian Tidak Dialu-Alukan

Singapura bukan sahaja terkenal sebagai sebuah negara yang baik untuk didiami dan bekerja, tetapi ia juga terkenal dengan sistem hukuman yang ketat untuk mengekalkan negara dalam piawaian tertinggi.

Antara kesalahan yang boleh dihukum adalah memberi makan kepada merpati, menggunakan WiFi orang lain dan tidak mengepam tandas.

Sementara itu, beberapa makanan juga ada di bawah undang-undang yang ketat di sana seperti gula-gula getah dan durian. Mereka yang memasuki Singapura sebaiknya membaca garis panduan dari Pihak Berkuasa Imigresen dan Pemeriksaan (ICA) sebelum membawa beberapa ole-ole untuk rakan-rakan atau saudara-mara.

Menurut ICA, beberapa barangan makanan diklasifikasikan sebagai “barangan terkawal” dan memerlukan permit atau kebenaran daripada agensi kawalan sebelum boleh dibawa masuk ke Singapura.

Barang-barang tersebut termasuk daging bakar, produk tenusu dan makanan laut manakala produk minuman keras dikategorikan di bawah “barangan bercukai” kerana mereka melebihi konsesi bebas cukai atau pelepasan cukai.

Pada tahun 2016, seorang lelaki warga Singapura telah dipenjara kerana menyelinap masuk 105 paket “daging lembu” Ramly, dengan berat 40kg, dari Malaysia tanpa lesen. Dia dipenjara selama sembilan bulan dan dikenakan denda AS$8,000 (RM23,830) untuk perbuatan itu dan cubaab melarikan diri dari pusat Pemeriksaan Tuas.

Tidak pernah bebas dari kontroversi, raja buah itu turut diharamkan daripada dimakan di ruang terbuka di seluruh Singapura dan membawanya dalam pengangkutan awam dilarang kerana baunya.

Sebab itulah juga durian telah dilarang di Malaysia Fest 2019 baru-baru ini. Ketika Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) membawa durian ke Singapura, mereka diberitahu bahawa buah itu tidak dibenarkan dibawa masuk.

Fama berada di republik itu untuk mempromosikan produk pertanian Malaysia yang diadakan di EXPO Singapura dari 25 hingga 28 Julai 2019. Ia telah menerima lebih daripada 90,000 pelawat.

Pihak berkuasa Singapura dilaporkan memberitahu Fama bahawa bau durian pada skala besar tidak sesuai untuk tempat itu.

Rakyat Singapura dikatakan kecewa kerana mengetahui bahawa durian tidak dibenarkan di festival tersebut.

Seorang eksekutif kanan penganjur acara di Kuala Lumpur berkata Fama sepatutnya dimaklumkan sebelum acara mengenai peraturan tempat dan jenis barangan yang dibenarkan di sana.

“Kita tahu bahawa warga Singapura sama teruja seperti rakyat Malaysia apabila bercakap tentang durian. Kita akan melakukan sesuatu untuk membawa masuk durian jika dimaklumkan lebih awal,” katanya kepada The Malaysian Reserve (TMR).

Fama telah mempromosikan durian, terutamanya dari ladang-ladang di Bukit Gantang, Perak, salah satu ladang yang paling jarang dan paling produktif yang menghasilkan buah sepanjang tahun di bawah program Jualan Langsung Dari Ladang yang melibatkan 819 usahawan tani.

Agensi itu berhasrat untuk mencapai jualan sebanyak RM5 juta pada tahun 2019, jangkaan yang lebih tinggi dari hasil yang dicatatkan pada tahun 2018 iaitu RM3.26 juta.

Pada konteks yang lebih besar, Malaysia dijangka mengeksport kira-kira 1,000 tan durian beku ke China setiap bulan seperti yang dipersetujui antara kedua-dua negara pada Ogos tahun lepas. Eksport dijangka menjana tambahan RM500 juta kepada pendapatan eksport Malaysia.

Kerana baunya yang kuat, durian telah dilarang di beberapa tempat awam. Tanda-tanda “No Durian” sering dilihat di pengangkutan umum di Singapura dan Thailand, sementara diharamkan di kebanyakan hotel.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button