Isu SemasaSainsTeknologi

Kini Anda Boleh Mendengar Secara Langsung Suara Dari Dalam Hutan Melalui Aplikasi Telefon

Bermula dari sebuah pertandingan Google AI Impact Challenge 2018, pemenang dari pertandingan anjuran Google iaitu Rainforest Connection berjaya mendapatkan kerjasama dengan Huawei dan Komunitas Konservasi Indonesia WARSI (KKI WARSI) bagi menyelamatkan hutan yang semakin hari semakin tertiris akibat pembalakan haram.

Menurut data yang dikumpul oleh KKI WARSI, luas litupan hutan Sumatera Barat terus mengalami penurunan dari tahun ke tahun yang dari awalnya seluas 61% pada tahun 2000 menjadi 53% pada tahun 2015.

Teknologi yang diciptakan oleh sebuah start-up bernama Rainforest Connection ini diharapkan dapat membantu membendung perkara ini menjadi buruk.

 

‘The Guardian’ Bakal Menjadi Telinga Warga Tempatan Di Dalam Hutan

Alat “The Guardian” . Sumber Imej: indonesia.googleblog.com

Mereka mencipta sebuah alat yang dipanggil “The Guardian” yang diperbuat oleh telefon pintar Huawei yang lama, bateri dan panel suria.

Alat yang dicipta menggunakan kecerdasan buatan (AI) ini mampu merakam semua suara yang didengari dalam hutan daripada suara binatang, suara gergaji serta lori lalu menghantarnya secara langsung kepada telefon pintar renjer hutan yang sedang bertugas.

Suara yang dirakam itu akan dikesan secara automatik oleh sistem AI ‘TensorFlow’, sebuah mesin pembelajaran yang terbuka (open-source) sejak tahun 2015.

Ini sekaligus membantu renjer hutan dan masyarakat sekitar untuk memantau keadaan hutan dan mencegah pembalakan haram yang berlaku di tengah-tengah hutan.

 

Google Indonesia, Rainforest Connection, KKI WARSI Memasang Bersama Alat

Pada pertengahan bulan Julai yang lalu, menurut Indonesia Googleblog, Topher White yang merupakan Pengasas dan CEO Rainforest Connection telah bersama-sama KKI WARSI dan Google Indonesia serta para media telah pergi memasang sendiri “The Guardian” di dalam 4 kawasan hutan tebal di Sumatera.

Empat desa yang dipilih untuk dipasang The Guardian ialah Nagari Sirukam, Nagari Pakan Rabaa Timur, Nagari Pakan Rabaa, dan Nagari Pasir Talang Timur.

 

Lokasi pemasangan 12 alat “The Guardian” di 3 kawasan ; Nagari Sirukam, Nagari Pakan Rabaa, Nagari Pakan Rabaa Timur, dan Nagari Pasir Talang Timur. Sumber Imej: indonesia.googleblog.com

Setiap kawasan tersebut dipasang tiga alat dengan tiga kawasan berbeza dengan harapan ia dapat menjangkau keseluruhan kawasan hutan tersebut.

Renjer Tempatan Diajar Memilih Lokasi Dan Cara Pemasangan

Topher sendiri memilih pohon yang memiliki ciri-ciri seperti tidak terlalu tinggi, tidak terapit oleh dua bukit dan mampu menjangkau gelombang signal untuk mengirimkan data melalui “awan” ke telefon pintar renjer.

Topher White sedang memasang The Guardian. Sumber Imej: www.viva.co.id

Setelah menemukan pokok dan lokasi yang tepat, Topher segera mempersiapkan alat dan membuat jalur tali untuk menaiki pokok dan mengajar renjer setempat bagaimana cara menaiki pokok dengan selamat supaya mereka boleh memasang alat itu sendiri dan menjaganya dengan baik.

Menurut Kompas.com, The Guardian diuji keberkesanannya di hutan Sumatera selama lima bulan kehadapan dan jika benar ia efektif dan boleh digunakan oleh pihak berkuasa tempatan, sudah pasti ia sebuah perkara yang positif.

 

Bukan Hanya Di Indonesia

Selain daripada Indonesia, Rainforest Connection juga mempunyai kerjasama dengan sembilan negara termasuk Amerika Syarikat, Peru, Costa Rica, Romania, Bolivia dan Brazil.

Orang ramai yang mahu dengar sendiri suara hutan dari pelbagai belahan dunia, boleh memuat turun aplikasi Rainforest Connection.

Aplikasi Rainforest Connection dapat dimuat turun di Google Play Store. Sumber Imej: indonesia.googleblog.com
Tags
Show More

Related Articles

Back to top button