Gaya HidupIbu dan Anak

Ini Dia Bagaimana Susu Ibu Boleh Mempengaruhi Tabiat Pemakanan Anak

Selain dapat mengurangkan masalah malnutrisi dalam kalangan bayi dan kanak-kanak, penyusuan susu ibu sebenarnya mampu memberi pengaruh yang baik terhadap bayi apabila si comel anda menjangkau usia kanak-kanak kelak.

Kajian menunjukkan bahawa penyusuan susu ibu akan memainkan peranan yang hebat dalam membentuk tabiat pemakanan kanak-kanak untuk jangka masa yang panjang. Hellodoktor berkongsi informasi tentang bagaimana penyusuan susu ibu mempengaruhi tabiat pemakanan bayi dan kanak-kanak.

  • Pelbagai rasa

Penyusuan susu ibu adalah sangat penting terhadap perkembangan reaksi kanak-kanak kepada petanda kelaparan dan kekenyangan dalaman mereka.

Ia juga dipercayai dapat merangsang perkembangan keupayaan makan sendiri semasa pemberian makanan.

Perubahan dalam komponen susu ibu semasa pemberian susu tunggal, dan perubahan komposisi susu ketika bulan pertama kehidupan, dapat menggalakkan peningkatan kepekaan untuk pengambilan tenaga.

Pakar juga mempercayai bahawa sesi penyusuan susu ibu meninggalkan kesan yang kuat kepada metabolisma seseorang kanak-kanak, yang mungkin menjelaskan kelakuan pemakanan yang berbeza.

Penyusuan susu ibu juga memberikan kesan positif kepada kelakuan pemakanan semasa peringkat kanak-kanak kerana ia membantu anak anda menerima pelbagai rasa daripada diet yang diambil oleh ibu melalui susu badan. Pendedahan ini memberikan impak yang besar kepada peralihan susu ke makanan pejal.

  • Pendedahan awal

Secara semula jadinya, kanak-kanak menggemari rasa manis dan masin. Oleh itu, makanan yang manis dan masin berkemungkinan tinggi mudah diterima oleh kanak-kanak, berbanding dengan makanan yang mempunyai rasa pahit seperti sayuran tertentu.

Bayi dan anak kecil boleh belajar bagaimana untuk menerima makanan dan rasa makanan yang tidak biasa dimakan melalui pendedahan yang berulang kali.

Disebabkan itu, dari satu segi, penyusuan susu ibu memberikan bayi pendedahan awal dan berulang terhadap rasa daripada diet yang diambil oleh ibunya.

Hal ini sekali gus menawarkan hubungan rasa kepada bayi, menjadikan rasa makanan tersebut lebih ‘mesra’ pada lidah mereka semasa diberikan makanan pejal. Maka, bayi yang dahulunya menyusu badan akan lebih mudah terbuka untuk menerima pelbagai jenis makanan yang baharu.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button