Sukan

Setelah Barcelona Tidak Mahu, Real Madrid Mengorak Langkah Untuk Dapatkan Neymar?

Setelah berita Barcelona tidak akan mengambil kembali penyerang Brazil berusia 27 tahun itu, Real Madrid pada hari ini dikatakan berada dalam proses rundingan dengan Paris Saint Germain (PSG) dalam usaha untuk mendapatkan Neymar.

Menurut Sky Sports, difahamkan PSG hanya mahu menerima tawaran berbaloi dengan perbelanjaan 200 juta pound yang dibuat ketika mendapatkan Neymar pada 2017.

Walau bagaimanapun, laporan UtusanOnline telah menyatakan bahawa Real Madrid telah menawarkan 110 juta pound (RM563 juta) beserta Pemain Terbaik Dunia, Luka Modric bagi mendapatkan Neymar.

Menurut akhbar Sepanyol, Sport, Presiden Real, Florentino Perez berharap pakej tawaran RM563 juta beserta Modric dapat menjadikan perpindahan Neymar ke Santiago Bernabeu satu kenyataan.

Secara realistik, Real satu-satunya pasukan yang berkemampuan untuk memenuhi yuran perpindahan dan tuntutan gaji tinggi untuk membeli Neymar, malah mereka juga akan bersaing dalam Liga Juara-Juara musim depan.

Skuad bimbingan Zinedine Zidane sudahpun membawa masuk Eden Hazard dan Ferland Mendy pada musim panas ini, namun menambah Neymar dalam senarai pembelian bukan perkara mustahil.

Menurut akhbar itu lagi, Perez sendiri telah menghubungi Neymar bagi memaklumkan mengenai hasrat mereka dan apa yang boleh ditawarkan kepada pemain berusia 27 tahun itu.

Real kini hanya menunggu keputusan PSG untuk melengkapkan perjanjian.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button