Gaya HidupIbu dan AnakKesihatan

10 Sebab Hidung Boleh Berdarah

Epistaxis merupakan terma perubatan yang merujuk kepada pendarahan hidung yang biasa terjadi.

Hidung kita memiliki saluran darah yang sangat banyak dan pendarahan hidung terjadi apabila saluran tersebut pecah.

Walaupun selalunya pendarahan hidung ini adalahsesuatu yang biasa tetapi ia juga boleh menjadi parah dan adakalanya boleh mengancam nyawa dan memerlukan perhatian yang segera.

Pendarahan Hidung Terbahagi Kepada Dua

1. Pendarahan Anterior

Pendarahan hidung yang sering terjadi kepada kanak-kanak ialah pendarahan anterior. Ia berlaku akibat salur darah di bahagian hadapan hidung pecah. Pendarahan ini biasanya adalah minimal dan mudah untuk diberhentikan.

2. Pendarahan Posterior

Pendarahan posterior ini berlaku di bahagian belakang atau jauh ke dalam hidung. Perkara ini lebih sering terjadi di kalangan orang dewasa dan boleh menjadi berbahaya kerana ia boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk.

 

Penyebab Pendarahan Hidung

Terdapat pelbagai sebab perkara ini terjadi.

1. Alahan

Perkara ini sering terjadi kepada kanak-kanak kerana mereka sering menggosok hidung atau mengoreknya akibat gatal sehingga menyebabkan hidung berdarah.

2. Udara kering

Tidur dalam bilik tidur tanpa pelembap udara boleh menyebabkan kulit manusia menjadi kering apatah lagi dibahagian hidung. Ini juga akan mengakibatkan pendarahan kerana sering menggosok dan mengorek hidung dan juga bersin. Apabila aliran udara yang terlalu kuat beredar dikala udara kering dan kulit hidung kering serta mengeras, bersin juga boleh mengakibatkan pendarahan.

3. Luka di bahagian hidung

4. Jangkitan

5. Bendasing di dalam hidung

6. Kanser hidung

7. Salurah darah yang abnormal

8. Gangguan pendarahan

9. Tekanan darah tinggi

10. Ketirisan darah akibat ubatan seperti aspirin

Kaedah Rawatan

1. Pendarahan anterior boleh dirawat di rumah dengan memicit bahagian lembut pada hidung dalam posisi duduk. Kedepankan badan dan bernafas menggunakan mulut. Letakkan ais di bahagian batang hidung dan jangan panik kerana ia akan mengakibatkan pendarahan yang lebih teruk.

2. Elakkan bersandar kebelakang dan jangan memiringkan kepala ke belakang kerana ia akan menyebabkan darah mengalir ke tekak.

3. Setelah 15 sehingga 20 minit, pendarahan hidung tersebut seharusnya berkurangan.

4. Walau bagaimanapun, jika pendarahan masih berlaku, segera dapatkan bantuan perubatan.

5. Untuk mengelak daripada pendarahan hidung berlaku lagi, pastikan bahagian hidung anda lembap dengan meletakkan jeli petroleum di bahagian dalam hidung menggunakan putik kapas dua kali sehari.

6. Semburan hidung juga akan bantu melembapkan selaput hidung yang kering.

7. Gunakan alat pelembap (humidifier) di ruang kering akibat penghawa dingin.

8. Sering mencuci sarung bantal, katil dan juga selimut untuk mengelak daripada habuk dan hama habuk yang seringkali menjadi mendatangkan masalah bagi orang yang mengalami alahan.

9. Jika anda sering dapat pendarahan hidung, adalah baik untuk bertemu doktor pakar (ENT). Doktor selalunya akan memberi cecair kimia yang mengandungi nitrat perak dan asid trikoloasetik untuk mengatasi masalah ini.

10. Pendarahan yang banyak sehingga pesakit pengalami kehilangan darah yang teruk harus disegerakan bertemu doktor. Darah pesakit ini selalunya akan diperiksa untuk melihat dan mengetahui permasalahan pendarahan. Jika pendarahan masih lagi berlaku, selalunya pembedahan akan dijalankan.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button