AntarabangsaIsu Semasa

Adakah Asean Perlu Pilih Di Antara Amerika Dan China?

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo menegaskan bahawa Washington tidak meminta negara-negara Asia Tenggara untuk memilih sama ada ingin berpihak kepada AS atau China.

Ketika sidang kemuncak di Bangkok pada minggu lalu, denuklearisasi Semenanjung Korea, perang dagang, dan akses terbuka kepada Laut China Selatan yang dipertikaikan, merupakan beberapa isu penting yang dibincangkan oleh Pompeo bersama rakan sejawatannya dari China, Wang Yi.

Di Bangkok, Pompeo ditugaskan untuk memberi jaminan kepada sekutu-sekutu Asia bahawa AS kekal sebagai pemain utama dalam rantau itu.

China pula kini sedang meningkatkan kehadiran tenteranya di kawasan perairan dipertikaikan itu dan juga ruang udara, selain daripada mengukuhkan keunggulan politik dan ekonominya di seluruh rantau.

Perseteruan di antara dua kuasa dunia tersebut menjadi semakin buruk akibat perang dagang yang berlaku, di mana ia turut menyebabkan ketidaktentuan terhadap ekonomi-ekonomi asia.

Namun begitu, Wang menyifatkan pertemuannya dengan Pompeo sebagai “komunikasi mendalam” yang “telah membantu meningkatkan pemahaman bersama” di antara AS-China.

“Mungkin terdapat pelbagai isu dan masalah di antara China dan Amerika Syarikat.

“Tetapi, tidak kira berapa banyak masalah sekali pun….kita perlu duduk bersama dan terus berkomunikasi,” katanya.

Pompeo menerusi Twitter pula berkata bahawa beliau telah mengadakan “pertukaran pandangan yang mendalam” bersama Wang, termasuk tentang isu Korea Utara.

“Apabila ia mengutamakan kepentingan AS, kita bersedia untuk bekerjasama dengan China,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau juga bertegas bahawa AS tidak mendesak negara-negara Asia Tenggara “untuk memilih” salah satu di antara dua kuasa dunia itu.

“Pendekatan kami di rantau ini tidak pernah dan tidak akan berdasarkan pemilihan satu pihak sahaja,” tambah beliau.

Dalam pada itu, China melihat Laut China Selatan sebagai kawasan orbitnya dan berada di luar pengaruh AS.

China dituduh telah mengerahkan kapal perang, ‘mengtenterakan’ kawasan, dan turut melanggar kapal nelayan di kawasan perairan dipertikaikan itu.

Difahamkan juga, kawasan tersebut turut menjadi salah satu laluan dagang utama dunia, di mana AS berusaha keras untuk memastikan ia sentiasa terbuka.

Sumber: The Star

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button