Sukan

Akhirnya Barcelona Buat Keputusan Mengejutkan Untuk Neymar

Persoalan demi persoalan tentang Neymar dan cinta tiga segi antara pasukan bola sepak Paris Saint-Germain (PSG) dan bekas pasukan yang pernah bersamanya dua tahun lalu, Barcelona akhirnya selesai selepas Barcelona mengesahkan tidak lagi berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang Brazil itu.

Naib Presiden Barcelona, Jordi Cardoner berkata, juara La Liga itu tidak akan menandatangani pemain berusia 27 tahun tersebut pada pasaran perpindahan terkini.

Neymar dikaitkan dengan kepulangan ke Camp Nou selepas bekas pasukannya itu sebelum ini menyuarakan hasrat untuk mendapatkan semula khidmat penyerang yang dijual kepada PSG, dua tahun lalu.

Bercakap kepada televisyen Sepanyol, TV3, Cardoner berkata, dia tahu Neymar tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di Paris, namun tiada apa yang boleh dilakukan oleh Barcelona untuk membantu pemain tersebut.

“Neymar? Dia tidak gembira dengan pasukannya sekarang tetapi dia perlu selesaikan masalah itu di Paris.

“Hari ini, pada waktu ini, kami mengesahkan dia tidak akan menyertai Barcelona. Kalau satu hari nanti, jika dia masih mahu kembali…kita bincangkan kemudian,” katanya.

Cardoner turut ditanya tentang spekulasi yang mengaitkan bintang tengah, Philippe Coutinho dan Ivan Rakitic akan meninggalkan Barcelona.

“Seperti mana kami tidak mahu bercakap tentang pemain yang tidak berada di kelab ini, kami juga enggan mendedahkan mengenai masa depan pemain yang masih berada di sini.

“Mereka berhak dihormati,” katanya lagi.

Bagi peminat Manchester United pula, pasukan tersebut bakal mendapatkan pemain pertahanan baharu apabila Harry Maguire daripada Leicester dibeli dengan jumlah 80 juta pound, sekali gus mencipta rekod dunia bagi pemain pertahanan.

Harry Maguire

Maguire yang juga beraksi bersama pasukan kebangsaan England ini menandatangani kontrak bersama Old Trafford untuk enam tahun dan bakal memperkukuhkan barisan pertahanan Manchester United untuk musim baharu liga.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button