SukanTeknologi

Remaja 16 Tahun Juara Piala Dunia Fortnite 2019

Piala Dunia Fortnite 2019 telah melabuh tirai pada 28 Julai lepas dengan menobatkan ‘Bugha’ sebagai juara pertama kategori Solo kejohanan ini.

Kejohanan ini merupakan acara e-sukan terbesar untuk permainan Fortnite yang menawarkan hadiah terkumpul sehingga AS$30,000,000 (RM125 juta).

Kejohanan yang bermula pada April lalu menerusi pusingan kelayakan secara talian untuk seluruh negara dari rantau Amerika Utara (bahagian timur dan barat), Brazil, Eropah, Asia dan Ocenia (Australia dan New Zealand).

50 pasukan dan 100 pemain solo terbaik dari pusingan itu akan mara ke pentas akhir dan beraksi di pada 26 hingga 28 Julai 2019 di Stadium Arthur Ashe, New York, Amerika Syarikat.

Pada hari terakhir kejohanan itu menyaksikan, Kyle “Bugha” Giersdorf dari Amerika Syarikat muncul juara keseluruhan katerogi Solo dengan pungutan 59 mata sekaligus membawa pulang trofi dan wang hadiah bernilai AS$3 juta (RM12.5 juta).

Kyle “Bugha” Giersdorf – Juara Kategori Solo | Epic Games

Di hari kedua, Aqua dari Austria dan Nyhrox dari Norway muncul juara untuk kategori Duos dan mereka berkongsi hadiah bernilai AS$3 juta (RM12.5 juta).

Aqua (Austria) dan Nyhrox (Norway) – Juara Kategori Duos | Epic Games

Selain kategori Solo dan Duos, kejohanan ini juga turut mempertandingkan katergori Creative dan Pro-Am.

Menurut Epic Games, kejohanan tersebut dihadiri oleh 19 ribu pengunjung dan ia mencatat 2.3 juta penonton serentak di YouTube dan Twitch.

Jumlah tersebut menjadikan kejohanan ini adalah kejohanan e-sukan yang paling ramai ditonton (kecuali China). Tambahan, jumlah tersebut tidak mengambil kira penonton yang menontonnya di dalam permainan dan juga platform lain.

Kepada yang terlepas aksi pentas final, anda masih boleh menonton recap kejohanan di saluran youtube rasmi mereka.

Turut diumumkan oleh Epic Games bahawa Fortnite kini memasuki musim baru, Fornite Season X: Out of Time.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button