AntarabangsaIsu Semasa

Militan Sudah Kehilangan Kubu Kuat, Tetapi Ancaman Masih Belum Berakhir

Fauziah Begum Khamal Bacha, seorang wanita warga Singapura bernama yang pergi ke Syria bersama suaminya untuk menyertai kumpulan militan IS dilaporkan telah meninggal dunia, dan tiga orang anaknya dihantar pulang ke Australia.

Fauziah yang sebelum ini menetap di Melbourne, merupakan salah seorang daripada empat orang rakyat Singapura yang terlibat dalam konflik di Syria.

Suaminya pula, Yasin Rizvic – lelaki kelahiran Bosnia- serta anak lelaki sulungnya, turut dilaporkan terkorban.

Tiga orang anaknya yang terselamat (dua perempuan dan seorang lelaki), yang berusia di antara 6 dan 12 tahun, ialah rakyat Australia.

Difahamkan, Menteri Dalam Negeri Singapura, K. Shanmugam dan kementeriannya telah mendedahkan penglibatan Fauziah dalam konflik tersebut pada minggu lepas ketika memberi perkembangan tentang ancaman keganasan di negara itu.

Tiada maklumat lain yang ada tentang Fauziah, tetapi media Australia melaporkan bahawa dia dan keluarganya pergi ke Syria pada 5 tahun lalu.

Ideologi radikal masih kekal sebagai kebimbangan utama ekoran serangan pengganas di Christchurch, New Zealand pada bulan Mac dan Sri Lanka pada April.

Pada masa yang sama, ramai pejuang asing militan IS juga dipercayai pulang ke negara asal mereka dan berkumpul semula.

Seorang lagi rakyat Singapura yang menjadi pejuang IS, Megat Shahdan Abdul Samad, turut dilaporkan terbunuh dalam zon konflik, tetapi pihak berkuasa masih belum mendapatkan pengesahan berhubung perkara itu.

Dalam satu sesi wawancara bersama The Sunday Times and Today, Shanmugam menyatakan bahawa Shahdan, yang muncul dalam video-video pengrekrutan IS, telah menggalakkan rakan-rakannya untuk melancarkan serangan di Singapura.

“Dia mahu seseorang untuk membawa lori dan melanggar orang ramai ketika Thaipusam.

“ISD (Jabatan Keselamatan Dalaman Singapura) bekerja di sebalik tabir untuk memastikan tiada sesiapa menyahut pelbagai gesaannya,” tambah beliau.

Sementara itu, dua lagi rakyat Singapura – seorang bekas pengurus pasaraya Haja Fakkurudeen Usman Ali dan Maimunah Abdul Kadir – juga dipercayai telah pergi ke Syria bersama keluarga mereka.

Tegas Shanmugam, walaupun kumpulan pengganas tersebut telah kehilangan wilayahnya, ancaman mereka masih belum berakhir.

Beliau berkata bahawa dalang di sebalik serangan di Sri Lanka dan pengebom berani mati, Zahran Hashim berhubung dengan seorang individu di Singapura.

Pengikutnya Kuthubdeen Haja Najumudeen telah ditahan pada Mei dan kementerian mendedahkan tangkapannya pada bulan lepas.

“Terdapat keperluan bagi Singapura untuk kekal berwaspada dan mampu menangani keganasan daripada pelbagai aspek, termasuk mengekalkan keharmonian di antara komuniti dan memberi jaminan kepada kumpulan majoriti dalam setiap komuniti bahawa kerajaan melayan semua orang sama rata,” jelas Shanmugam.

Sumber: The Star – Asia News Network

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button