Bisnes & Ekonomi

Saintis Wanita Disebalik Nikotin Garam Ciptaannya Ingin Melangkah Sendiri Memerangi Perokok Tegar

Salah satu saintis terkenal disebalik jenama rokok elektronik, Juul Labs Inc mahu melancarkan rokok elektriknya sendiri di China di bawah nama Myst Labs.

Chenyue Xing yang telah berjaya menghasilkan sebuah alat rokok elektronik bernama Myst P Series yang dilancarkan buat pertama kali di Global Mobile Internet Conference di Ghuangzhao pada akhir Julai yang lalu mahu menumpukan pembeli yang terdiri daripada perokok yang mahu benar-benar berhenti merokok dan bukan anak muda yang mahu mencuba.

 

Rokok Elektronik Seperti USB

Rokok elektronik yang kelihatan seperti sebuah alat USB yang berada di pasaran pada harga 399Yuan (RM240) ini telah direka khas untuk mengatasi masalah yang dihadapi Juul yang sedang mengalami kemelut di Amerika Syarikat kerana kandungan nikotin yang tinggi di dalam produknya.

Sumber Imej : theverge.com

Produk milik Juul juga dikatakan telah menggalakkan ketagihan di kalangan jutaan pengguna yang bukanlah perokok dan kebanyakan daripada mereka adalah anak di bawah umur.

 

Pencipta Bersama Nikotin Garam

“Teknologi Juul sekarang berusia tiga tahun. Saya rasa mereka belum lagi melakukan apa-apa inovasi dari segi formulasi cecair baharu sejak ia dilancarkan,” kata Xing yang telah mereka bersama teknologi nikotin garam di Juul sebelum meninggalkan syarikat start-up itu pada tahun 2016.

“Terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan lebih-lebih lagi di China yang terdapat ratusan juta orang yang merokok yang kita boleh bantu untuk berhenti merokok,” kata Xing yang kini menjadi ketua saintis di Myst.

Sumber Imej : techcrunch.com

 

P Series yang dikeluarkan oleh syarikat yang diasaskan bersama memiliki kadar nikotin yang lebih rendah daripada produk keluaran Juul dan diformulasikan untuk lebih menarik perokok yang ada dan mengelakkan cecair berperisa buah yang berkemungkinan menarik minat para remaja untuk mencuba.

 

Mahu Elak Beriklan Di Media Sosial & Melakukan Pengesan Wajah Pembeli

Myst merancang untuk mengelak daripada mengiklankan produk mereka di media sosial dan mahu menggunakan perisian untuk mengesan wajah pembeli di rangkaian kedai mereka serta pembelian atas talian untuk memastikan belia di bawah umur membeli produk tersebut.

“Seperti kanak-kanak yang tidak suka dengan rasa minuman beralkohol kerana rasanya, kami ingin mewujudkan formula nikotin yang mana remaja tidak akan menyukainya tetapi veteran akan mengemarkannya,” kata Xing, 37 tahun yang membesar di Shanghai tetapi berpindah ke Amerika Syarikat untuk sambung belajar.

 

Berhenti Dari Juul Kerana Tidak Mahu Terlibat Dengan Ganja?

Xing yang menetap di Amerika mendapatkan PhD dalam kejuruteraan kimia dari University of California, Davis telah bekerja untuk sebuah firma bioteknologi di Amerika dan syarikat ubat-ubatan yang memfokuskan ubat yang dihidu untuk penyakit seperti asma.

Xing berkongsi dengan Bloomberg bahawa dia bekerja untuk Juul kerana mahu membantu orang berhenti merokok tetapi apabila syarikat induk Juul mula berkembang dan menawarkan rokok elektronik berasaskan ganja, Juul meninggalkan syarikat tersebut.

 

Mendapat Pengasas Bersama Yang Selalu Melabur Ke Dalam Start-up

Kini Xing mahu membangunkan syarikatnya sendiri di tanah airnya yang baru dimulakan tahun ini bersama Thomas Yao, seorang pengasas IMO Venture, sebuah firma usaha yang memfokuskan pelaburan di peringkat awal perniagaan startup Asia dan membawa teknologi tersebut ke Amerika atau Eropah dan juga sebaliknya.

Thomas yang juga memiliki firma startup skuter, Lime, firmanya turut merupakan pelabur awal dalam sebuah startup India yang melakukan dompet digital, Paytm yang kini telah mendapat pelaburan oleh Alibaba Group Holding Ltd dan Softbank Group Corp.

 

Pekerja Syarikat Berada Di Amerika Dan China

Myst kini memiliki dua dozen pekerja yang mana ia terbahagi kepada dua, satu berada di Silicon Valley yang mana mereka merupakan saintis untuk melakukan kerja-kerja penyelidikan dan setengahnya lagi adalah di bahagian pemasaran dan pemprosesan serta jualan yang berada di Shenzen.

Yao tidak mahu berkongsi berapa keuntungan yang mereka peroleh buat masa ini tetapi menurutnya dana yang ada adalah lebih daripada cukup untuk mendapat keuntungan.

Myst sebenarnya harus berada dalam saingan sengit di China yang mana terdapat banyak start-up rokok digital berdiri sehingga ia melembabkan dana perolehan bagi start-up di China dengan tawaran usaha terhadap industri ini jatuh sebanyak 77% pada suku kedua tahun lalu menurut sebuah firma perusahaan kajian pasaran, Preqin.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button