Gaya HidupKesihatan

Ohno! Makanan Haiwan Peliharaan Anda Boleh Buat Anda Sakit?

Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan memiliki haiwan peliharaan boleh membuat seseorang lebih positif dan kesihatannya lebih baik. Haiwan peliharaan ini mampu untuk menaikkan kadar kecergasan seseorang di samping mengurangkan tekanan serta memberi kebahagiaan kepada si pemilik.

Walau bagaimanapun, tahukah anda cara yang salah mengendalikan makanan haiwan peliharaan anda itu mampu untuk membuat diri anda sakit?

Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan Amerika Syarikat (CDC) berkata makanan haiwan dalam tin yang kering berkemungkinan tercemar dengan kuman yang boleh menyebabkan anda atau ahli keluarga anda jatuh sakit.

Ini dia beberapa tips untuk mengelak daripada perkara tersebut terjadi semasa memberi makanan kepada haiwan peliharaan kesayangan anda:

1. Sentiasa mencuci tangan bersama sabun dan air setelah mengendalikan makanan haiwan
2. Simpan makanan haiwan ini di tempat berasingan dengan makanan manusia serta kawasan penyediaan makanan (dapur)
3. Simpan makanan haiwan di kawasan yang mudah untuk kanak-kanak capai
4. Jangan menggunakan mangkuk makanan haiwan untuk mengambil makanan haiwan tetapi pastikan guna cawan atau senduk berasingan.

CDC juga tidak menggalakkan untuk memberi makanan mentah kepada haiwan peliharaan kerana bakteria seperto Salmonella dan listeria sering dijumpai di makanan mentah haiwan termasuk yang dibeli daripada kedai haiwan khas.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button