Sukan

Ini Dia Dua Pemain Darah Kacukan Yang Bakal Perkuat Pasukan Harimau Malaya

Pada awal bulan Julai yang lalu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengutarakan hasrat untuk mengambil dua pemain berdarah kacukan dan kesanggupan mereka untuk menyarung jersi skuad kebangsaan.

Terkini, FAM telah mengumumkan dua nama pemain tersebut dan jurulatih skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, Datuk Ong Kim Swee bakal memiliki ‘senjata baharu’ untuk mengharungi temasya Sukan SEA Filipina pada hujung tahun ini.

Dua pemain tersebut ialah Kobe Chong, 18, dan Armin Maier Rafi, 21.

Kobe Jae Chong, Sumber Imej : sortitoutsi.net

 

Masih Menunggu Kelulusan

Bagaimanapun, menurut BHarian, dua pemain itu perlu menunggu kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sebelum senarai akhir skuad diumumkan pengendali kelahiran Melaka itu.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam berkata mengikut perancangan awal, dua pemain itu akan diberi keutamaan untuk mewakili pasukan B-23 terlebih dahulu sebelum diserap ke skuad senior Harimau Malaya.

“Mungkin jika kita mendapat kelulusan daripada KDN dan FIFA, kita boleh gunakan khidmat mereka untuk Sukan SEA nanti. Tapi segalanya terpulang kepada jurulatih untuk membuat penilaian terbaik,” katanya kepada BH Sukan.

 

Tonggak Berpotensi Tersenarai Juga

Akhbar ini kelmarin turut melaporkan dua bintang muda termasuk wira Kedah di final Piala FA, Fadzrul Danel Mohd Nizam dan pemain sayap Fayyadh Zulkifli menjadi antara tonggak yang berpotensi disenaraikan oleh Kim Swee.

Kim Swee menjelaskan beliau sentiasa membuka pintu untuk mana-mana pemain menyertai skuad B-23 dengan syarat mereka mesti berada pada prestasi terbaik.

 

Barisan Terkuat Untuk Sukan SEA

Jurulatih berkenaan sebenarnya boleh menghimpunkan barisan terkuat untuk Sukan SEA nanti selepas pemain senior dalam skuad itu termasuk Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Syahmi Safari dan Syamer Kutty Abba masih layak untuk beraksi bersama skuad B-23.

Dalam perkembangan sama, Stuart menjelaskan FAM masih menunggu jawapan daripada KDN dan FIFA mengenai permohonan menukar status naturalisasi dua lagi pemain – Liridon Krasniqi dan Guilherme De Paula.

“Setakat ini tiada apa-apa perkembangan mengenai permohonan terhadap pemain itu. Tapi untuk Krasniqi dan De Paula, mereka hanya akan cukup syarat lima tahun beraksi di Malaysia tahun depan.

“Jadi kita hanya boleh menggunakan khidmat mereka tahun depan jika mendapat kelulusan daripada KDN dan FIFA,” katanya.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button