Gaya HidupIbu dan AnakKesihatan

Mengapa Kita Tidak Boleh Menolak atau Menangguh Vaksinasi Anak

Sesetengah ibu bapa sangat memandang rendah terhadap vaksinasi untuk anak mereka.

Apa yang kebanyakan mereka tidak tahu adalah tanpa vaksin, anak mereka akan lebih mudah dijangkiti pelbagai penyakit berbahaya yang boleh membawa maut seperti beguk, pertussis, demam campak, dan batuk kokol.

Sebab Mengapa Kita Tidak Boleh Menangguh Dan Menolak Vaksin

 

#1. Kesan jangka masa panjang terhadap kesihatan

Kanak-kanak yang tidak divaksin akan menghadapi risiko sepanjang hayat walaupun tidak dijangkiti penyakit.

Jika mereka memerlukan rawatan perubatan, anda perlu memberitahu doktor bahawa mereka tidak pernah mengambil sebarang bentuk vaksinasi.

Selain itu, ibu hamil yang tidak divaksin juga lebih berisiko dijangkiti penyakit yang seterusnya akan mengakibatkan komplikasi kehamilan.

Sebagai contoh, jika ibu hamil dijangkiti rubella semasa trimester pertama, bayi dalam kandungan juga mungkin akan lahir dengan congenital rubella syndrome (CRS), yang akan menyebabkan bayi mengalami kecacatan jantung, terbantut tumbesaran dan pekak.

Tidak memvaksin anak anda juga akan meletakkan risiko kepada individu lain. Terdapat individu yang tidak dibenarkan untuk divaksin (mereka yang mengalami penyakit leukemia atau kanser dan lain-lain).

Disebabkan itu, mereka perlu bergantung kepada individu lain yang boleh divaksin agar mereka tidak terdedah kepada risiko penyakit. Jika anak tidak divaksin dan dijangkiti penyakit, individu di sekeliling mereka juga terdedah kepada risiko penyakit.

 

#2. Kesan jangka masa panjang terhadap sosial

Jika anak anda tidak divaksin dan dijangkiti penyakit, mereka akan sangat mudah terdedah kepada penyakit. Disebabkan itu juga, mereka perlu dikuarantinkan daripada individu lain.

Ini akan menyebabkan mereka terlepas waktu sekolah dan pelbagai temasya yang lain lalu memberi kesan kepada keluarga anda.

 

#3. Meninggikan risiko penyakit berjangkit

Vaksin mungkin mempunyai kesan sampingannya, sama seperti ubat-ubatan lain. Namun begitu, kelebihannya sama sekali melebihi kekurangannya.

Kenyataan vaksin mampu mengakibatkan autisme adalah sama sekali tidak benar dan ia telah menjadi punca ibu bapa tidak mahu memvaksin anak.

Ya, ia memang merupakan pilihan ibu bapa untuk menolak atau menangguh vaksinasi. Namun begitu, fakta dan statistik perlu dilihat terlebih dahulu untuk mengetahui kepentingan vaksin yang sebenarnya.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button