Gaya HidupIbu dan AnakKesihatan

Betulkah Ada Risiko Melahirkan Anak Di Usia 35 Tahun Ke Atas?

Walaupun dilihat sejak kebelakangan ini ramai pasangan lebih memilih untuk menimang cahaya mata semasa kewangan keluarga lebih stabil tetapi dalam perubatan, umur seseorang sememangnya memainkan faktor.

Mengikut Jabatan Statistik, usia median ibu melahirkan di Malaysia ialah telah meningkat sejak tahun 1970 iaitu pada umur 29.42 tahun menjadi 30.74 tahun pada tahun 2015.

 

Risiko Ibu Melahirkan Anak Pada Usia 35 Tahun Ke Atas

Ramai wanita berusia 35 tahun ke atas akan mengalami kehamilan yang sihat dan melahirkan bayi yang sihat dan sempurna tetapi apa seseorang harus memahami risiko yang bakal dihadapi oleh wanita yang hamil di usia lebih tua.

The Royal College of Obstetricians and Gynaecologists mengsyorkan usia ibu untuk mengandung ialah dalam jangka 20 hingga 35 tahun. Ini kerana kesuburan wanita akan menurun apabila umurnya mencecahkan pertengahan hingga penghujung 30 tahun kerana telur wanita akan berkurangan dari segi kuantiti serta kualiti yang menyebabkan kesukaran untuk mengandung.

Wanita yang mengandung di usia lanjut pula lebih berisiko untuk mengalami kencing manis dan pre-eklampsia yang boleh berlarut menjadi komplikasi semasa melahirkan anak ataupun memberi kesan kesihatan ke atas bayi dan juga ibu.

Apabila seseorang berusia lanjut cuba mendapatkan zuriat, mereka berkemungkinan melahirkan bayi kembar kerana teluar yang dikeluarkan lebih banyak dari selalu akibat perubahan hormon.

Terdapat juga kes yang berisiko tinggi apabila keguguran dan kelahiran kaku berlaku di usia lanjut kerana keadaan kesihatan serta kualiti telur yang sudah tidak terjamin.

Mereka yang mengandung di usia lanjut ini juga lebih sering menggunakan kaedah caesarean kerana kekhuatiran kelahiran bayi songsang, tekanan bayi dalam kandungan, terlalu lama dalam keadaan labour, plasenta previa (plasenta mengahalang pembukaan serviks) dan pelbagai komplikasi yang lain.

 

Risiko Ke Atas Bayi Jika Ibu Lahir Lebih Pada Usia Lanjut

Kemungkinan besar bayi yang lahir memiliki berat badan yang kurang dan perkembangan yang terhad. Bayi juga memiliki risiko untuk menghidapi kromosom abnormal menjadikannya Sindrom Down atau kekurangan kromosom yang menyebabkan masalah jantung dan sebagainya.

 

Bagaimana Dengan Lelaki Berusia?

Bagi lelaki berusia, ia adalah suakr untuk dia menyebabkan kehamilan pada sang isteri kerana kadar testosteronnya kurang berkualiti dan menurun mengikut usia.

Terdapat juga kajian menunjukkan ayah juga memainkan peranan dalam menyumbangkan risiko terhadap hasil kehamilan serta kesihatan kandungan.

 

Tidak Semua Akan Mengalami Komplikasi

Walau bagaimanapun, tidak semua wanita, bayi serta lelaki bakal mengalami komplikasi seperti ini. Menurut Datin Dr Kamaljit Kaur, konsultan obstetrik dan pakar sakit puan yang menulis ke TheStar berkata asalkan anda menjalani kehidupan sihat dan mengambil langkah yang betul sebelum, semasa dan selepas mengandung, sudah pasti semuanya akan okay.

Tetapi jangan malas atau enggan untuk melakukan kunjungan ke klinik pakar dan menjalani ujian yang sepatutnya dan jagalah berat badan untuk mengelak perkara yang tidak diingini.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button