MalaysiaPolitik

Anwar Atau Azmin: Bagaimana Untuk Memilih PM Seterusnya?

Siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia yang akan datang?

Ini nampaknya soalan yang penting dalam politik Malaysia, seperti yang dapat dilihat oleh penekanan berterusan mengenai isu ini sepanjang bulan ini menerusi konflik antara presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalannya Datuk Seri Azmin Ali .

Memandangkan PKR sememangnya parti yang bermula dari perpecahan Umno, tidak hairanlah mereka mewarisi masalah klasik dari Umno.

Perkara paling menyedihkan mengenai konflik antara Anwar dan Azmin adalah bahawa ia tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan idea, ideologi, prinsip atau dasar.

Sebaliknya, konflik itu adalah 100% perbalahan mengenai perebutan kuasa, semuanya sama ada anda menyokong Kumpulan A atau Kumpulan B.

Tiada siapa yang tahu atau mengambil berat tentang apa yang diperjuangkan oleh Kumpulan A atau bagaimana dasar-dasar yang dibawa oleh Kumpulan B boleh mengubah kehidupan seharian rakyat Malaysia.

Mengapa ahli politik kita berkelakuan seperti ini? Kenapa corak politik sebegini dominan dalam politik Malaysia?

Menurut penulis The Star, landskap politik negara terbentuk sedemikian kerana cara kita membentuk sistem politik kita.

Minggu lepas Boris Johnson menjadi Perdana Menteri United Kingdom. Berapa ramai orang mengundi secara demokratik untuk membuat keputusan akhir dalam memilih pemimpin di negara dengan jumlah 66 juta penduduk?

Jawapannya ialah 160,000. 160,000 ahli parti British Konservatif mengundi untuk memutuskan antara Johnson dan saingannya Jeremy Hunt. Johnson memenangi 92,153 undi dan Hunt memperoleh 46,656.

Pada dasarnya, kurang daripada 100,000 orang bertanggungjawab memilih Perdana Menteri. Adakah itu kelihatan betul untuk anda?

Jika semua 66 juta orang dibenarkan memilih secara demokratik antara Johnson dan Hunt, adakah keputusan akhirnya sama?

Di Malaysia, kita mengikuti sistem Westminster yang sama. Ahli-ahli parti politik memilih pemimpin parti mereka dan pemimpin itu mengetuai parti mereka dalam pilihan raya umum.

Itulah sebabnya pada masa lalu, ia amat penting untuk memenangi jawatan presiden Umno kerana secara automatik presiden Umno akan memenangi pilihan raya umum dan menjadi perdana menteri.

Fakta mudah ini mempunyai implikasi yang amat mendalam. Anda boleh menganggapnya sebagai sebab utama dan penting mengapa Malaysia mempunyai politik yang bersifat perkauman.

Sekiranya anda ingin naik ke bahagian atas dalam sebuah parti berasaskan kaum, maka anda perlu terus melaungkan sentimen perkauman. Apabila ahli-ahli politik di bahagian paling atas memerintah dalam jenis politik ini, ia memberi kesan keseluruhan kepada sosiopolitik sebuah negara.

Kembali kepada isu Anwar dan Azmin, ini juga menjadi sebab mengapa merasa tidak perlu untuk menghabiskan masa mereka memberi tumpuan kepada isu-isu negara yang memberi kesan kepada rakyat Malaysia.

Apa yang perlu mereka ambil berat untuk memastikan kedudukan dan masa depan mereka selamat adalah dengan mendapat sokongan ahli parti dan Anggota Parlimen.

Oleh itu, pemimpin utama negara kita yang diamanahkan untuk menjaga setiap aspek kehidupan dan kesejahteraan kita, sepenuhnya disibukkan dengan tipu daya politik dalaman, permainan kotor yang tidak berkesudahan, dan menyerang satu sama lain.

Kita boleh menyalahkan mereka sebagai individu, tetapi secara amnya, seseorang individu bertindak mengikut struktur sesuatu sistem.

Pada masa ini, sistem politik Malaysia menyemai sepenuhnya jenis tingkah laku ini.

Atau lebih mudah: ini adalah permainan politik negara dan ini adalah bagaimana mereka merasakan mereka perlu memainkannya untuk menang. Jika peraturan permainan tidak berubah, tingkah laku pemain akan kekal sama.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button