HiburanSukanTeknologi

Call Of Duty Mobile Di Telefon Pintar – Pra Pendaftaran Telah Dibuka!

Permainan perang pandang pertama popular Call of Duty® Mobile – Garena (CODM) telah disahkan April baru-baru akan dilancarkan di 6 negara.

6 negara tersebut ialah Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapura, Taiwan serta Filipina dan pra-pendaftaran untuk permainan ini telah dibuka kepada semua peminat CODM.

Permainan popular kini ke platfrom telefon pintar

Call of Duty® Mobile – Garena dibangunkan oleh Garena dengan kerjasama Activision dan Tencent Games akan menampilkan grafik berkualiti tinggi, pelbagai mode permainan dan permainan yang lebih lancar.

Untuk pertama kalinya, peminat kepada fancais ikonik ini dapat bermain menerusi telefon pintar dan turut bermain dengan kawan-kawan mahupun peminat COD dengan aksi yang menarik.

Sertai pelbagai ‘Perang’ bersama rakan

CODM akan menampilkan pelbagai mode menarik termasuklah “Team Deathmatch” dan “Search & Destory”.

Permainan kali ini juga turut menampilkan sistem “scorestreak” yang popular di mana ia mampu memberikan gaya serang baru termasuk pengguna dron penyerang dan ‘launching cruise missile’.

Tidak ketinggalan mode pertempuran ‘battle royal’ yang sentiasa dinantikan peminat-peminat permainan ber-genre seperti ini.

Watak Ikonik Call of Duty seperti Ghost, Soap, Captain Prince dan Alex Mason turut membuat penampilan di dalam permainan ini disamping peta-peta pertempuran kegemaran ramai dari Call of Duty®: Modern Warfare® dan ​Call of Duty®: Black Ops.

Ganjaran Pendaftaran

Kepada semua pra-pendaftar, ganjaran istimewa seperti emote dan senjata akan diberikan mengikut seawal mana anda mendaftar dan ia akan boleh digunakan apabila pelancaran permainan tersebut kelak.

Dan juga pemain dapat membuka kotak hadiah dan berpeluang mendapatkan barang di dalam permainan seperti “HS0405 – Red Triangle” atau “MSMC – Yellow Triangle”

Garena turut menjelaskan ganjaran istimewa akan diberikan kepada peminat yang berkongsi dan menjemput rakan mereka untuk mendaftar di dalam tempoh pendaftaran ini.

Ikuti laman dan saluran media rasmi ini untuk maklumat terkini dan informasi:

Pra-Pendaftaran: ​http://bit.ly/PreRegister
CODM Facebook: ​http://bit.ly/CODMFBPage
Instagram: ​http://bit.ly/CODMIG
YouTube: ​http://bit.ly/CODMYT

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button