Hiburan

007 Kini Seorang Wanita Dan Bukan Berkulit Putih!

Sejak Daniel Craig mengumumkan untuk mengundur diri sebagai James Bond, perdebatan hangat telah berlaku sama ada wira 007 akan ditukarkan kepada pelakon wanita atau pelakon Afrika-Amerika.

Akhbar The Mail baru-baru ini mendedahkan bahawa watak Bond kini adalah wanita dan berkulit hitam, terima kasih kepada campur tangan penulis feminis, Phoebe Waller-Bridge.

Laporan mengejutkan itu mendedahkan bahawa bintang British, Lashana Lynch akan diberikan watak Bond untuk membunuh dalam filem ke-25 francais terbabit, yang kini dalam penggambaran di Itali dan UK.

Bagaimanapun, Lynch bukanlah Bond baru, tetapi akan melakonkan watak baru yang mengambil alih nombor ejen rahsia James Bond selepas Bond meninggalkan MI6.

Filem ini bermula apabila Bond bersara di Jamaica. Tetapi ejen perisik M yang dilakonkan oleh Ralph Fiennes, memanggilnya kembali kerana terdesak untuk menangani krisis global yang baru.

Seorang sumber filem berkata: “Ada adegan penting pada permulaan filem di mana M berkata ‘Masuk 007’ dan Lashana, seorang gadis cantik berkulit hitam, memasuki bilik tersebut.

“Ia adalah saat yang mengejutkan. Bond masih lagi Bond tapi nombor ejen rahsia 007 diganti oleh wanita yang menakjubkan ini.

“Bond, sebagai seorang pencinta wanita, tentu saja tertarik kepada wanita baru 007 dan cuba untuk mendekatinya. Tetapi Bond akan terkejut kerana ayat manisnya tidak berjaya memukau 007 yang tidak berminat dengannya.”

Image result for lashana lynch

Sumber itu menambah bahawa frasa “gadis Bond” kini dilarang dan berkata: “Kami semua diberitahu bahawa bermula sekarang mereka akan dikenali  sebagai ‘wanita Bond’.”

Waller-Bridge, yang menulis siri komedi BBC Fleabag dan Killing Eve, direkrut untuk memastikan francais yang  berusia 57 tahun itu seiring dengan peredaran masa.

“Ramai yang bercakap mengenai sama ada Bond masih relevan atau tidak pada masa sekarang kerana wataknya dan cara dia melayan wanita.

“Saya rasa dia masih sangat relevan sekarang. Cuma, francais ini perlu berkembang. Filem ini perlu berubah dan yang penting perlu memaparkan wanita dengan betul. Bond tidak perlu berubah. Dia perlu setia kepada wataknya.”

Lynch, 31, mencipta nama menerusi filem Captain Marvel sebagai juruterbang pejuang Maria Rambeau yang ditayangkan awal tahun ini.

Berasal dari Hammersmith, West London, Lynch membuat kemunculan menerusi drama Fast Girls dan telah muncul dalam beberapa siri lain termasuk Silent Witness dan Death In Paradise dan turut  menjadi pelakon tetap menerusi drama Crime yang ditayangkan di BBC pada 2015.

Lynch juga melakonkan watak Rosaline Capulet dalam siri drama Amerika Still Star-Crossed, yang mengisahkan cerita selepas kematian Romeo dan Juliet.

Sumber itu berkata: “Lashana sangat pandai dan skrip Phoebe adalah tajam dan lucu seperti yang anda harapkan. Bond ini memberi penghormatan kepada beberapa filem terdahulu yang mempunyai banyak humor.”

Malah, satu gambar yang diambil di set penggambaran menunjukkan Lynch memakai sut safari, sama seperti yang digayakan oleh Roger Moore ketika melakonkan watak 007.

“Ini adalah Bond untuk era moden yang ditujukan kepada generasi muda. Tetapi filem ini masih mengekalkan ciri-ciri filem Bond. Terdapat adegan kejar-mengejar dan pergaduhan yang luar biasa, dan Bond masih Bond tapi dia perlu belajar menghadapi dunia #MeToo,” kata sumber itu.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button