AntarabangsaIsu Semasa

‘Doktor Bakul’ Sanggup Memikul Mesin & Ubat-Ubatan Naik Gunung Bertemu Pesakit

Apabila doktor pakar sakit puan yang juga seorang pakar bedah ini harus dihantar untuk bertugas di sebuah kawasan pedalaman di Yunnan selama enam bulan, beliau tidak menyangka situasi di kawasan pedalaman ini adalah sangat berlainan dari tempat dia berkhidmat di Zhuhai.

Di Zhuhai, tempat kerjanya sentiasa dibanjiri pesakit yang datang dengan pelbagai penyakit sehingga dia harus bekerja lebih masa.

 

Orang Di Kawasan Pedalaman Tidak Kenal Kepentingan Doktor

Dr. Guan Yanping. Sumber Gambar: TheStar

Guan Yanping menyedari hakikat bahawa orang yang tinggal di pedalaman ini tidak begitu sedar akan kepentingan kesihatan dan tidak pernah terlintas di fikiran mereka untuk bertemu dengan doktor apabila jatuh sakit. Ia juga terserlah apabila alat perubatan di klinik kesihatan kawasan pedalaman tersebut tidak tersentuh sehingga berhabuk.

“Tidak ada seorang pun tahu bagaimana untuk mengoperasikan mesin-mesin tersebut,” katanya.

Pada awal keberadaannya di situ pada tahun 2017, terdapat seorang lelaki berusia 20-an meninggal dunia akibat tekanan darah tinggi dan ini adalah kerana terlebih minum arak serta diet pemakanan yang tidak cukup menyebabkan ramai di antara mereka menghidap penyakit tersebut.

Secara purata pesakit yang mengalami penyakit tersebut tidaklah setinggi di kawasan bandar yang lebih terdedah dengan perubatan dan klinik.

Disebabkan itu juga Guan telah menambahkan waktu untuk berkhidmat di kawasan pedalaman ini daripada enam bulan menjadi tiga tahun.

 

‘Doktor Bakul’ Kerana Harus Memikul Mesin Perubatan

Orang di kawasan pedalaman ini memberinya julukan “doktor bakul” kerana beliau bersama rakan kerjanya akan memikul ubat-ubatan di dalam bakul bersama elektrokardiograf, mesin ultrasonik dan mesin perubatan yang lain di dalam bakul untuk memberi khidmat nasihat perubatan kepada penduduk kampung yang terletak jauh di pedalaman.

Beliau harus memanjat gunung, merentasi sungai dan melalui jalan sempit dengan jurang yang curam lebih 300 kali untuk melawat 46 kampung yang terletak jauh di pedalaman.

“Banyak penduduk pedalaman yang tinggal di kawasan pergunungan tidak boleh dihubungi melalui jalan darat dan ambulans hanya boleh membawa kami ke kaki gunung tersebut,” kata Guan yang berkongsikan pengalamannya dengan China Daily.

Ia sangat mengejutkan dirinya apabila dia sampai ke kawasan Gongshan yang terletak berhampiran Tibet bahawa kadar kematian bayi baru lahir serta wanita mengandung dan baru bersalin adalah tiga ke empat kali ganda lebih tinggi dari Zhuhai.

 

Perubahan Positif Boleh Dilihat

Namun kini beliau boleh terlihat perubahan di kawasan pedalaman ini beransur positif apabila lebih ramai penduduk datang untuk bertemunya jika sakit, kongsi Guan yang berusia 51 tahun.

Guan juga sebenarnya merupakan pekerja model pembasmi kemiskinan pada tahun 2018 dan terpilih menjadi pekerja contoh di Zhuhai pada tahun 2018.

Guan yang memiliki seorang anak berkata anaknya sangat memahami dan menyokong apa yang ibunya lakukan untuk orang di bahagian pedalaman Yunnan walaupun sangat merindui dirinya.

Setelah Guan berkongsi tentang pengalaman dan keadaannya di pedalaman Yunnan kepada rakan-rakannya di Zhuhai, ramai juga paka4 perubatan mahu berbakti kepada mereka yang di kawasan pedalaman jika diberi kesempatan.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button