Isu SemasaTempatan

Syarikat Korporat Perlu Berwaspada Dengan Seksyen 17A Akta SPRM

Syarikat-syarikat perniagaan di Malaysia mempunyai tempoh kurang setahun untuk melakukan persediaan mematuhi undang-undang anti-rasuah baru (Seksyen 17A) di bawah Akta Suruhanjaya Pecegahan Rasuah (SPRM).

Namun, wujud kebimbangan berkenaan persediaan dan kesedaran syarikat-syarikat komersial, terutamanya perniagaan berskala kecil.

Satu lagi persoalan yang timbul ialah adakah perniagaan-perniagaan tempatan sudah mempunyai peraturan dalaman yang cukup untuk membendung perbuatan rasuah ataupun tidak.

Di bawah Seksyen 17A (Liabiliti Korporat) yang bakal dikuatkuasakan nanti, syarikat-syarikat perniagaan akan dikenakan hukuman berat sekiranya disabitkan bersalah melakukan rasuah.

Jika didapati bersalah, sesebuah syarikat boleh dikenakan:

1. Bayaran denda tidak lebih daripada 10 kali ganda nilai rasuah itu atua RM1 juta, mana-mana yang lebih tinggi;

2. Atau dijatuhkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun;

3. Atau kedua-duanya sekali

Difahamkan, seksyen baru yang akan mula dikuatkuasakan pada 1 Jun 2020 merupakan bahagian utama dalam pindaan Akta SPRM 2009 yang dilakukan pada bulan April 2018.

Undang-undang itu kemudian digazetkan pada 4 Mei 2018.

Menerusinya, SPRM akan memantau setiap transaksi dan urusan yang membabitkan pelbagai lapisan daripada pengurus tertinggi sehingga kakitangan bawahan dan pihak ketiga.

Sebelum penguatkuasaannya, syarikat-syarikat perniagaan dilaporkan harus memperkenalkan prosedur-prosedur dalaman yang sewajarnya bagi mencegah perubatan rasuah.

Tanpa prosedur seperti garis panduan dalaman atau latihan kakitangan, syarikat dan pengarah mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 17A, jika individu-individu berkaitannya, seperti kakitangan atau sub-kontraktor didapati terlibat dalam rasuah bagi manfaat syarikat tersebut.

Mengulas tentang perkara ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pemantau Pemegang Saham Minoriti (MSWG) Devanesan Evanson menyatakan bahawa masih terdapat banyak syarikat perniagaan di Malaysia yang melewat-lewatkan usaha untuk memenuhi syarat-syarat yang tertakluk di bawah Seksyen 17A.

“Perkara yang bagusnya pula adalah, semakin banyak syarikat, terutamanya syarikat tersenarai awam, telah mula menunjukkan minat untuk melakukan persediaan bagi Seksyen 17A.

“Ia sememangnya tidak susah untuk mengimplementasikan prosedur-prosedur yang sewajarnya, syarikat-syarikat tersebut hanya perlukan kesungguhan untuk melakukannya,” kata Devanesan.

Menyedari keperluan untuk meningkatkan kesedaran tentang Seksyen 17A, ketua pesuruhjaya SPRM, Latheefay Koya berkata, pihaknya sudah memulakan pelaksanaan kempen kesedaran.

Selain itu, Seksyen 17A juga memperluaskan lagi kuasa SPRM untuk mendakwa syarikat-syarikat komersial yang terlibat dalam rasuah.

Sebelum ini, SPRM hanya boleh mendakwa individu sahaja.

Menurut Devanesan, langkah untuk menguatkuasakan Seksyen 17A sepatutnya perlu dilaksanakan sejak dahulu lagi.

“Menerusi peruntukan undang-undang ini, lembaga pengarah (syarikat) perlu lebih berwaspada pada masa akan datang dan harus mengimplementasikan langkah-langkah anti-rasuah.

“Jika anda mempunyai garis panduan, risiko untuk syarikat atau pengarah didakwa di atas perbuatan rasuah yang dilakukan oleh kakitangan adalah lebih rendah,” ujar beliau.

Sumber: The Star

Show More

Related Articles

Back to top button