Gaya HidupKesihatanSains

Betul Ke Makan Daging Putih Lebih Baik Berbanding Daging Merah?

Sering kali kita dengar memakan daging merah seperti daging lembu dan kambing akan menjejaskan tahap kolesterol seseorang. Namun, sebuah kajian dari Amerika Syarikat mendapati bahaws kedua-dua jenis daging ini memiliki kesan sampingan yang hampir sama terhadap tahap kolesterol di dalam darah.

Kajian yang telah diterbitkan di American Journal of Clinical Nutrition dan diketuai oleh saintis dari institut kajian di Hospital Kanak-kanak Oakland (Chori) mendapati memakan kedua-dua jenis daging pada kadar yang tinggi boleh menyebabkan tahap kolesterol jahat seseorang meningkat.

Kajian yang memfokuskan terhadap wanita dan lelaki sihat berusia daripada 21 hingga 65 tahun ini telah diuji dengan membahagikan kepada dua kelompok secara rawak.

Sukarelawan ini akan diberi daging merah, daging putih atau makanan berprotein tanpa daging untuk empat minggu setiap seorang.

“Apabila kami merancang kajian ini pada awalnya, kami merencanakan bahawa sukarelawan yang memakan daging merah akan mengalami kesan tahap kolesterol paling tinggi berbanding daging putih. Namun ia amat mengejutkan apabila ia tidak terjadi seperti itu. Kesan pada kadar kolesterol kedua-dua daging ini adalah sama apabila tahap lemak mereka bersamaan,” kata Dr Arnold Krauss.

Oleh sebab selama ini kita sentiasa diingatkan tentang tahap kolesterol jahat pada daging merah dan menggalakkan setiap orang untuk mengurangkan kadar pengambilannya berbanding daging putih, apa yang didapati oleh kajian ini adalah sangat luar dari jangkaan.

Keputusan kajian ini sekali gus mengesyorkan bahawa kita perlu menghadkan pengambilan daging secara berlebihan terutamanya jika seseorang mahu mengurangkan tahap kolesterol dalam badan.

Melalui kajian ini juga, ia adalah digalakkan untuk memakan tumbuhan yang memiliki protein yang tinggi seperti kekacang kerana ia adalah makanan terbaik untuk mengekalkan tahap kolesterol di dalam darah.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button