AntarabangsaIsu Semasa

Beberapa Jam Dilancar, Gapo Terima Pendaftaran Ribuan Pengguna

Aplikasi media sosial ciptaan Vietnam menerima sembutan hangat daripada pengguna hanya beberapa jam selepas dilancarkan. Ia direka untuk meningkatkan penggunaan platform media keluaran negara sendiri sambil mengetatkan kebebasan internet.

Aplikasi Gapo yang dikenali sebagai Facebook versi tempatan, sangat popular di Vietnam, dengan lebih daripada 53 juta pengguna berdaftar daripada jumlah 95 juta penduduk.

Tetapi gergasi media sosial itu, bersama dengan Google, YouTube dan firma teknologi global yang lain, menghadapi pengawasan yang ketat selepas undang-undang keselamatan siber dilaksanakan tahun lalu.

Rang undang-undang kontroversi itu masih belum dilaksanakan tetapi apabila digubal mungkin memerlukan syarikat menyerahkan data pengguna dan mengeluarkan kandungan jika diminta oleh kerajaan untuk berbuat demikian.

Para pemerhati mengatakan bahawa syarikat tempatan boleh lebih bersedia untuk mematuhi undang-undang Internet baru terbabit.

Gapo menjadi laman media sosial terkini untuk dilancarkan di Vietnam dan berharap untuk mendaftar 20 juta pengguna menjelang 2021.

Tetapi beberapa jam selepas pelancaran pada awal minggu ini, laman web tersebut mengalami masalah teknikal ketika ribuan pengguna baru cuba mendaftar.

Sesetengah pengguna telah disekat daripada mendaftar, sementara yang lain tidak dapat menggunakan fungsi aplikasinya.

“Terdapat kesilapan yang hanya berlaku apabila sistem mencapai tahap tertentu,” kata pengasas bersama Gapo, Duong Vi Khoa dalam status Facebook.

Aplikasi Gapo membolehkan pengguna membuat profil peribadi, memuat naik video dan foto dan menyiarkan komen di laman sosial yang bercirikan “suapan berita”.

Walaupun memiliki persamaan dengan Facebook, Khoa berkata Gapo tidak mempunyai “niat untuk bersaing dengan mana-mana rangkaian sosial. Kami menggalakkan semua orang menggunakan beberapa rangkaian sosial.”

Firma itu telah memperolehi dana AS$ 21 juta (RM86.48 juta) daripada syarikat induknya, dana pelaburan risiko G-Capital, menurut media negara.

Vietnam juga mempunyai aplikasi perbualan domestik sendiri yang dikenali sebagai Zalo, yang dilancarkan pada tahun 2012 dan dikatakan sebagai alternatif kepada WhatsApp, perkhidmatan mesej yang disulitkan.

Ribuan klip video dari Facebook dan YouTube telah dikeluarkan dari siaran dari laman web mereka, walaupun sebelum pelaksanaan formal undang-undang siber. Ia didakwa untuk mematuhi peraturan undang-undang domestik.

Laman media sosial telah menjadi saluran utama bagi aktivis di Vietnam, di mana semua media bebas dilarang dan blog akan disekat secara berkala.

Kerajaan memerintah yang mengambil alih negara sejak 2016 dituduh melakukan tindakan keras terhadap pengkritik, dengan sekurang-kurangnya 128 orang dipenjarakan, menurut Amnesty International.

Lebih daripada 10% daripada mereka yang dipenjara disabitkan atas kesalahan komen di Facebook, kata Amnesty.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close