AntarabangsaIsu SemasaPolitik

Adakah Ahok Akan Dilantik Sebagai Menteri Dalam Kabinet Baru Jokowi?

Bekas gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai “Ahok” mungkin tidak akan kembali ke dalam pentadbiran kerajaan sebagai anggota berpangkat tinggi seperti menteri.

Ahok, yang kini lebih gemar dipanggil sebagai “BTP” berkata, beliau mempercayai bahawa kerjaya politiknya sudah berakhir.

Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) dijangka akan mendedahkan barisan Kabinet bagi pemerintahan penggal keduanya, tetapi Ahok menolak secara tegas menolak sebarang idea bahawa beliau mungkin akan dipilih sebagai salah seorang menteri.

Jelas beliau, perkara tersebut adalah “mustahil”.

“(Imej saya) sudah tercalar di Republik ini. Saya tidak pessimistik dalam hal ini, tetapi saya hanya menyatakan fakta.

“Majoriti individu-individu beragama telah menggelar saya sebagai penghina agama, sementara penduduk-penduduk kelas pertengahan, terutamanya wanita, berasa marah tentang penceraian dan perkahwinan semula saya.

“Jadi pada hakikatnya, (kerjaya politik saya) sudah berakhir,” kata ahli politik berusia 53 tahun itu.

Ahok yang bertanding dalam Pilihan Raya Gabenor Jakarta pada tahun 2017 telah mengalami kekalahan besar.

Punca utamanya adalah kerana Ahok didakwa menghina Islam apabila menggunakan ayat Al-Quran di dalam ucapan kempennya, lebih-lebih lagi kerana beliau berbangsa Cina dan beragama Kristian.

Selepas video kempennya itu menjadi tular, ratusan ribu rakyat Indonesia daripada puak konservatif telah mengadakan protes besar-besaran untuk mendesak pihak berkuasa menangkap dan mendakwa Ahok atas ‘kesalahannya’ itu.

Walau bagaimanapun, desakan hebat mereka terbukti berkesan, di mana Ahok kemudian disabitkan bersalah dan dikenakan hukuman penjara 2 tahun.

Susulan itu, ratusan ribu rakyat Indonesia yang konservatif mengadakan protes besar-besaran dalam usaha mendesak pihak berkuasa untuk menangkap dan mendakwa Ahok di atas ‘kesalahannya’ itu.

Desakan orang ramai terbukti berkesan, kerana beliau kemudian disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara.

Awal tahun ini, Ahok dibebaskan dari penjara selepas menjalani hukuman hampir 2 tahun.

Ahok dan bekas isterinya, Veronica Tan memuktamadkan penceraian mereka pada tahun lepas selepas beliau memfailkan petisyen penceraian di Mahkamah Daerah Jakarta Utara pada 5 Januari kerana mendakwa bahawa isterinya itu curang.

Tidak lama selepas dibebaskan dari penjara, beliau dikatakan berkahwin dengan seorang anggota polis wanita bernama Puput Nastiti Devi, yang sebelum ini berkhidmat sebagai pembantu bekas isterinya.

Kini, Ahok berkata bahawa beliau merancang untuk mengendalikan rancangan bual bicaranya tersendiri.

Sumber: The Star – Jakarta Post/Asia News Network

Show More

Related Articles

Back to top button