Isu SemasaPolitikTempatan

Jika Bergabung Pada PRU14 Dahulu, Umno Dan PAS Boleh Tewaskan PH?

Gabungan Umno dan PAS dijangka akan membawa cabaran besar kepada Pakatan Harapan (PH).

Tetapi, pengundi-pengundi muda yang akan mengundi buat pertama kali parti mana yang akan menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bakal ditentukan oleh apa yang akan menjadi penentu besar dalam pilihan raya umum seterusnya adalah pengundi-pengundi muda yang akan mengundi buat pertama kali.

Sebuah analisis yang dilakukan oleh akhbar The Star berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 menunjukkan bahawa campuran undian yang diperoleh calon Umno dan PAS mendahului calon PH dengan 21 kerusi di Parlimen dan 45 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Antara 21 kerusi Parlimen yang boleh dimenangi oleh gabungan Umno-PAS termasuk Jerlun, yang kini dipegang oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Tambun, yang disandang oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

45 kerusi DUN yang boleh dimenangi oleh Umno dan PAS pula adalah seperti berikut:

Selangor – 9 kerusi

Pulau Pinang – 9 kerusi

Kedah – 8 kerusi

Perak – 8 kerusi

Johor – 6 kerusi

Melaka – 2 kerusi

Negeri Sembilan – 2 kerusiĀ 

Perlis – 1 kerusi

Mengulas tentang analisis tersebut, Penganalisis Politik Universiti Malaya, Dr Muhammad Asri Mohd Ali bersetuju bahawa gabungan Umno dan PAS akan membawa cabaran kepada PH.

Namun, beliau turut berkata bahawa potensi kekuatan kedua-dua parti itu tidak boleh dinilai semata-mata berdasarkan keputusan PRU14.

Jelas Asri, terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira, termasuk pembelotan wakil rakyat (keluar parti) dan isu-isu yang boleh mengubah sentimen pengundi.

Bagi PRU15 nanti, beliau yakin bahawa penurunan usia minimum mengundi daripada 21 tahun ke 18 tahun akan memberi impak yang lebih besar berbanding gabungan Umno-PAS.

Berdasarkan anggaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah pengundi boleh meningkat kepada 22 juta orang pada PRU15 beranding 14.9 juta ketika PRU14.

“Saya percaya bahawa nisbah umur dan etnik pengundi akan berubah secara drastik dengan adanya ramai pengundi yang berusia 18, 19, dan 20 tahun, termasuk pengundi lebih tua yang tidak mengundi pada PRU14, tetapi mungkin akan keluar mengundi pada pilihan raya seterusnya,” katanya.

Sejauh mana perubahan terhadap profil daftar pemilih negara hanya akan diketahui selepas pendaftaran automatik pengundi berusia 18-21 tahun diselesaikan.

Pendaftaran automatik ini juga bermakna bahawa mereka yang berusia 21 tahun dan tidak berdaftar sebagai pengundi akan menjadi layak untuk mengundi.

Menurut Asri, di segelintir negara, individu-individu yang berusia di antara 18 tahun sehingga pertengahan umur 20-an tidak mengambil peduli tentang politik.

Kebimbangan utama mereka bukan tentang kaum atau agama, tetapi pekerjaan dan akses terhadap rumah mampu milik.

Justeru, parti-parti politik perlu memastikan bahawa dasar serta calon yang dipilih adalah sesuai dan dapat menarik minat pengundi-pengundi yang lebih muda, berikutan penurunan usia minimum mengundi.

“Kita perlu lihat apa dasar yang akan ditawarkan oleh gabungan Umno-PAS, terutamanya kepada pengundi-pengundi lebih muda.

“Parti yang mempunyai kelebihan pada PRU15 akan menjadi parti yang boleh menggerakkan belia dan mendapatkan undian mereka,” ujar Asri.

Sumber: The Star

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button