SukanTeknologi

Kejohanan Sulung Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang Akan Dilangsung; Malaysia Selaku Tuan Rumah

Dalam pengumuman terbaru, Moonton menjelaskan bahawa selain Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) akan menerima kemas kini versi 2.0, mereka turut mengumum bahawa satu pertandingan MLBB berskala besar akan dilangsungkan.

Sumber Imej: eGG Network

Mobile Legends: Bang Bang World Championship atau M1 merupakan kejohanan sulung antarabangsa permainan ini dan Malaysia dipilih menjadi tuan rumah.

Kejohanan dengan wang hadiah terkumpul sehingga AS$250,000 (RM1.03 juta) akan bermula pada November ini di aman pusingan kelayakan akan berlangsung dari 11 hingga 14 November 2019. Namun setakat ini lokasi pusingan kelayakan tidak diumumkan lagi.

Pusingan kelayakan akan dibahagikan kepada 4 rantau iaitu Asia, Eropah, Amerika Utara dan Amerika Selatan.

Sumber imej: KAKUCHOPUREI.COM

12 pasukan dari Asia, 2 dari Eropah, 1 dari Amerika Utara dan 1 dari Amerika Selatan dengan mata tertinggi akan terpilih untuk ke pusingan akhir.

Pusingan akhir akan berlangsung selama 3 hari dari 15 hingga 17 November dan Axiata Arena di Kuala Lumpur dipilih menjadi lokasinya.

Mengikut kenyataan dari Moonton, kejohanan ini terbuka kepada semua dan harus memiliki sebuah pasukan dengan lima orang ahli (4 pemain utama dan seorang pemain simpanan).

Moonton juga dilaporkan akan bekerjasama dengan Youtube untuk menyediakan strim secara langsung setiap perlawanan memangkan skala kejohanan ini.

Bagi yang meminati aksi MLBB, kini sedang berlangsung Liga Profesional MLBB (MPL) MY/SG Musim ke-4 di mana pusingan kelayakan di Malaysia telah berlangsung pada 19 hingga 21 Julai manakala Singapura pada 27 hingga 28 Julai ini.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button