Hiburan

Fasa 4 Bermula, Marvel Umum Filem Dan Siri Baru Dalam MCU

Presiden Marvel, Kevin Feige baru sahaja mengumumkan projek-projek terbaru mewakili fasa berikutnya dalam Marvel’s Cinematic Universe, termasuk sekuel, projek asal, dan siri televisyen.

Fasa empat MCU yang Marvel umumkan merangkumi adiwira seperti berikut:

Black Widow (1 Mei 2020), Falcon and the Winter Soldier (Musim luruh 2020), The Eternals (6 November 2020), Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings (12 Februari 2021), WandaVision (Musim bunga 2021), Doctor Strange and the Multiverse of Madness (7 Mei 2021), Loki (Musim bunga 2021), What If (Musim panas 2021), Hawkeye (musim luruh 2021), dan Thor: Love and Thunder (5 November 2021).

Related image

Feige juga membuat pengumuman mengejut, mengatakan bahawa filem Fantastic Four atau X-Men akan turut menyertai MCU dan satu projek tambahan iaitu Blade akan menampilkan pelakon Mahershala Ali.

Fasa seterusnya termasuk campuran sekuel, seperti Doctor Strange and the Multiverse of Madness – yang diarahkan oleh Scott Derrickson, dan digambarkan sebagai filem seram pertama MCU, Thor: Love and Thunder, filem keempat dalam francais itu yang akan diarahkan oleh pengarah Thor: Ragnarok, Taika Waititi. Kelainan dalam francais ini ialah Natalie Portman akan memainkan watak Thor.

Terdapat sekurang-kurangnya satu filem prekuel iaitu Black Widow yang dibintangi oleh Scarlett Johansson yang selama bertahun-tahun cuba mendapatkan filem untuk watak itu. Rachel Weisz, Florence Pugh, dan David Harbour juga akan turut membintangi.

Projek filem lain akan menampilkan beberapa wira baru: The Eternals dan Shang-Chi and The Legend of the Ten Rings. Seperti Guardians of the Galaxy, Shang-Chi atau The Eternals bukanlah watak wira yang sinonim dalam MCU tetapi Marvel Studios berharap mereka akan mendapat sambutan yang meluas.

Eternals berkisahkan sekumpulan makhluk yang dikenali sebagai Eternals yang menggunakan kemahiran mereka untuk melindungi manusia di masa depan. Siri buku komik yang dicipta oleh pelukis legenda Jack Kirby, adalah “salah satu daripada banyak perkara yang kita mula aktif untuk mengadakan perbincangan kreatif,” kata Feige yang turut mengesahkan bahawa filem itu akan dibintangi oleh Richard Madden, Kumail Nanjiani, Brian Tyree Henry, Salma Hayek dan Angelina Jolie.

Shang-Chi yang akan memperkenalkan pelakon Simu Liu, akan memberi tumpuan kepada watak dari negara China yang mengabdikan seluruh hidupnya untuk menurunkan empayar jenayah bapanya. Feige mengesahkan di Comic-Con bahawa Mandarin, penjahat yang sepatutnya muncul dalam Iron Man 3, akan muncul dalam filem ini.

Image result for marvel phase 4

Tetapi Marvel Cinematic Universe kini bukan hanya menerbitkan filem. Perkhidmatan streaming Disney yang akan datang iaitu Disney +, akan menampilkan beberapa projek siri baru seperti Falcon and the Winter Soldier, WandaVision, Loki, Hawkeye, dan What If?.

Siri Loki akan mengikuti karakter selepas dia melarikan diri dengan Tesseract pada tahun 2012 menerusi Avengers: Endgame. Siri Loki yang dimainkan oleh Tom Hiddleston ini nampaknya tidak pernah mengalami peristiwa beberapa filem, seperti Thor: Ragnarok, Avengers: Infinity War, dan Avengers: Endgame. Siri ini akan dimainkan di Disney + pada musim bunga 2021.

Feige dan Ketua Pegawai Eksekutif Disney, Bob Iger sebelum ini berkata, filem MCU dan siri Disney + akan berkesinambungan dan berkait rapat. Tidak mustahil jika watak-watak dari semua siri dan filem yang disebutkan di atas akan bergabung.

Disney + akan memperkenalkan siri baru berjudul What If ?. Ia adalah siri animasi yang memberikan alternatif kepada watak MCU sedia ada, seperti bagaimana jika Loki yang menemui tukul Thor? Panel itu mendedahkan bahawa ramai pelakon MCU akan terlibat untuk dunia alternatif ini.

Pengumuman fasa keempat ini menjawab soalan tentang apa yang berlaku kepada adiwira Marvel selepas fasa ketiga MCU berakhir dengan Avengers: Endgame dan Spider-man: Far From Home. Lebih banyak maklumat akan diumumkan pada bulan depan di persidangan Disney D23.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button