AntarabangsaIsu Semasa

Donald Trump Ialah “Ancaman” Amerika Yang Sebenar

Ketika melakukan penjelajahan kempennya, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan pembaharuan dan akan membantu kilang-kilang AS dalam membangunkan semula negara dengan “American steel”, “American heart” and “American hands” (keluli Amerika, hati Amerika, dan tangan Amerika).

Ketika pekerjaan perkhidmatan dan pejabat mendominasi ekonomi AS, Trump terus mempromosikan pekerjaan kilang dan perlombongan.

“Kilang-kilang keluli Amerika dihidupkan semula,” katanya di Florida pada bulan lepas.

Kepada penduduk West Virginia pula, beliau berkata: “Industri arang sudah kembali.”

Tetapi pada hakikatnya, walaupun beliau mengenakan pelbagai tarif baru untuk memanfaatkan syarikat-syarikat AS, industri-industri yang beliau cuba bantu sebaliknya telah menjadi sektor yang paling lemah.

Menurut pakar ekonomi dan penganalisis, sektor-sektor seperti perlombongan arang batu, keluli, aluminium, dan automotif telah terjejas akibat perubahan teknologi dan kuasa pasaran.

Masalah ini berada di luar kawalan Trump, atau dalam erti kata lain, sektor-sektor tersebut terjejas disebabkan tindakan yang telah diambil oleh beliau untuk melindunginya pada mulanya.

Bulan lepas, sebuah kaji selidik mendapati bahawa aktiviti pengeluaran AS berada pada tahap terendah dalam hampir tiga tahun.

Pada Mac, jumlah pekerja dalam sektor pengeluaran AS telah mengecil buat pertama kali dalam tempoh hampir dua tahun, dan ia kini sedang berkembang, tetapi lebih perlahan berbanding tenaga kerja pekerjaan lain.

Trump telah mengenakan tarif bernilai ratusan bilion dolar ke atas barangan import, merundingkan semula perjanjian perdagangan dan mengancam untuk memberi ancaman lebih buruk terhadap China, Eropah,dan Mexico.

Namun pada masa yang sama, beliau turut mengecam syarikat-syarikat yang menutup kilang di AS atau memindahkan pengeluaran ke luar pesisir.

Gregory Daco, ketua ahli ekonomi AS di Oxford Economies berkata, permintaan asing yang lemah dan nilai dolar AS yang kukuh, dan evolusi pengeluaran domestik yang masih jauh, telah menyebabkan sektor industri Amerika semakin merosot.

Perang dagang yang dilancarkan oleh Trump juga tidak membantu untuk menambah baik keadaan.

“Dasar-dasar yang telah dilaksanakan dari segi perlindungan telah menjejaskan sektor-sektor yang ia mahu lindungi. Tidak boleh lari daripada hakikat itu,” jelas Daco.

Sumber: The Star – Reuters

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button