Bisnes & Ekonomi

Bayar Menggunakan Cawan Plastik Untuk Dapatkan Kopi Di Kedai Ini

Kehadiran sisa plastik dan buangan yang semakin meningkat di Asia Tenggara terutamanya di persisiran pantai telah menginspirasikan seorang pemilik kedai kopi di Kemboja untuk melakukan sesuatu.

Berniat untuk mempromosikan kelestarian alam, Ouk Vanday membina kedai kopi bernama ‘Rubbish Cafe’ di bahagian luar bandar Phnom Penh.

Kedai kopi yang diperbuat oleh papan kayu dan dikukuhkan lagi menggunakan botol bir serta botol air plastik ini unik serta menarik perhatian orang.

Papan tanda kedai kopi ini pula ditulis menggunakan daun kering.

Ouk Vanday yang berusia 32 tahun ini merupakan bekas pengurus hotel yang mahu memberi mesej kepada pemilik perniagaan yang lain untuk melihat perniagaan mereka lebih dari sekadar memdapatkan untung.

Vanday mahu mereka untuk melihat impak yang bakal berlaku terhadap kominiti dan dunia daripada sampah yang terhasil kerana kesannya akan mendatangkan keburukan pada alam serta mempengaruhi generasi muda.

Pelanggan boleh membeli secawan kopi di kedainya dengan harga 6,000 riel (RM6) atau digantikan dengan 100 cawan plastik terpakai yang akan digunakannya untuk pembinaan lanjutan kafenya itu atau projek lain.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button