Gaya HidupPercutian

Sebuah Muzium Alam Semesta Di Dalam Menara Jam Tertinggi Dunia

Seperti jutaan umat Islam yang lain apabila menziarahi tanah suci pasti akan beribadah di Masjidil Haram, sekarang Mekah juga mempunyai tempat persinggahan yang baharu yang terletak tidak jauh dari masjid.

Ianya sebuah muzium yang dibina di dalam menara jam tertinggi di dunia yang teletak di atas bangunan ketiga tertinggi di dunia.

Dengan pemandangan yang memperlihatkan Kaabah, sebuah muzium jam yang memiliki empat tingkat ini batu dibuka pada bulan Mei.

Ia dipenuhi dengan model dan struktur astronomi serta galaksi di mana pihak berkuasa Saudi memiliki misi untuk menarik lebih ramai pengunjung Islam untuk datang ke negara mereka.

Memandang kebawah daripada ketinggian 600 meter, anda boleh melihat beribu jemaah yang sedang mengelilingi Kaabah.

Jam tertinggi yang memiliki empat muka ini berukuran 43 x 43 meter dan merupakan terbesar di dunia dengan berat 36000 ton.

Ia adalah 35 kali ganda lebih besar daripada saiz jam di Westminster, London yang juga dikenali sebagai Big Ben.

Jam di Mekah ini dilengkapi dengan perlindungan ke atas hujan, badai pasir dan angin serta ia ditutupi dengan 100 juta keping kaca mozaik yang bertatahkan 24 karat daun emas.

Menara jam ini merupakan bangunan tertinggi di kawasan Abraj Al-Bait hotel, sebuah projek yang menelan berbilion dolar yang meliputi pembinaan tujuh menara dan 3,000 bilik hotel serta apartment.

Menara jam yang berketinggian 128 meter dengan tambahan 23 meter bulan sabit bertatahkan emas di atasnya.

Di malam hari, lebih dua juta LED akan menyinari jam tersebut yang membuatkan ia kelihatan dari kejauhan 8km.

Pada aras pertama muzium, pengunjung akan disambut dengan paparan alam semesta, langit dan galaksi beserta ilustri audio.

Di aras kedua, ialah di mana matahari dan bagaimana bulan serta bumi berputar dan apabila tiba di aras ketiga, pengunjung boleh mempelajari alat serta cara untuk mengira waktu.

Balkoni untuk melihat Kaabah adalah di lantai paling atas.

Muzium yang telah diusahakkan oleh MISK, sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang diketuai oleh Putera Tengku Mahkota Saudi Arabia, Mohammed Salman.

Menurut penyelia muzium, Yaseeen alMleaky berkata jam di Mekah ini telah menerima seramai 1200 pengunjung setiap hari dengan harga masuk US$40 (RM167) sejak pembukaan muzium tersebut.

Menara Jam ini turut digunakannya sebagai anjung tinjau untuk melihat anak bulan serta melakukan kajian. – AFP

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button