Sukan

Junior Talent Bangkit Berjuang Mati-Matian Untuk Melayakkan Diri Ke PUBG Mobile Club Open Di Bangkok

Pada 13 dan 14 Julai yang lalu, 16 pasukan telah bertanding di pertandingan e-sukan anjuran Tencent. 12 pasukan telah dipilih melalui enam peringkat kelayakan yang telah dipertandingkan di seluruh Malaysia manakala empat pasukan lagi telah dijemput untuk bertanding.

Junior Talent merupakan di antara pasukan yang dijemput untuk bertanding dalam PUBG Mobile National Championships (PMNC) di peringkat final Malaysia.

Empat pasukan yang teratas akan dijemput untuk bertanding dalam the PUBG Mobile Club Open (PMCO) Fall Split yang akan diadakan di Bangkok pada bulan September.

Ini akan menjadikan percubaan kali kedua pasukan Junior Talent dalam PMCO di mana mereka pernah ke Shanghai sebelum ini untuk bertanding di PMCO Spring Split.

Aksi Junior Talent Yang Bertarung Nyawa

Pada hari pertama pertandingan Junior Talent telah bermula dengan baik apabila mereka berjaya menduduki tempat kedua di bawah pasukan VIP.

Mereka berjaya mengekalkan momentum walaupun bermula dengan keadaan kurang stabil dan berakhir pada kedudukan ke-8 di dalam peta pertama. Mereka perlahan-lahan mendaki tangga dan akhirnya mendapatkan ‘chicken dinner’ pada peta ke-lima dan mengakhiri pertandingan pada kedudukan kedua untuk keseluruhan acara.

Walau bagaimanapun nasib tidak menyebelahi mereka pada permulaan hari kedua pertandingan apabila mereka habis di kedudukan ke-14 untuk dua pusingan yang menyebabkan mereka jatuh ke tempat ke-5 dalam peringkat keseluruhan.

Berdepan dengan tekanan yang berkemungkinan menyebabkan mereka tidak dapat layak ke PMCO, pasukan Junior Talent harus mendapatkan momentum mereka untuk menduduki tempat empat teratas.

Dengan ketinggalan 4 mata daripada pasukan di barisan nombor empat, pasukan Junior Talent berjaya untuk mara dan menghabiskan permainan di tempat kedua pada peta terakhir yang menyebabkan mereka naik ke kedudukan ke-4.

 

Perjuangan Yang Berbaloi

Perjuangan mati-matian Junior Talent berbaloi apabila berjaya menamatkan pertandingan di tempat ketiga dan mendapat hadiah wang tunai bernilai RM15,000 dan dijemput untuk bertanding di PMCO Fall Split di mana mereka harus bertanding melawan pasukan-pasukan terbaik di Asia Tenggara.

Pasukan Junior Talent sangat teruja dengan peluang kedua yang mereka dapat untuk bertanding di PMCO.

“Kami akan berlatih lebih keras untuk melakukan yang lebih baik daripada pertandingan di Shanghai,” kata Trixnity, ketua pasukan Junior Talent yang turut menyuarakan rasa terima kasih ke atas para penyokong pasukan mereka yang menonton pertandingan ini.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button